Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

ASUS Vivobook 16X M1603QA Review – Hadir Dengan Rupa Minimalis serta Skrin Besar!

Maira by Maira
March 16, 2023
in Artikel, Berita, Komputer, Laptop, Review, Review Produk, Teknologi
0 0
0
ASUS Vivobook 16X M1603QA Review – Hadir Dengan Rupa Minimalis serta Skrin Besar!
Share on FacebookShare on Twitter

Anda sedang mencari laptop untuk buat kerja atau assignment daripada pensyarah? Asus ada memperkenalkan sebuah laptop baru yang mungkin sesuai untuk keperluan anda. Laptop yang kami maksudkan ialah Vivobook 16X! Nak tahu kenapa kami syorkan laptop ini? Teruskan membaca review kami ini.

Reka Bentuk

Vivobook 16X mempunyai reka bentuk yang kemas dan minimalis. Ia sangat sesuai untuk mereka yang sukakan rupa professional. Ia hadir dengan paparan skrin sebesar 16 inci dengan 1920×1200 resolution. Satu lagi ciri yang menarik pada Vivobook 16 ialah kita boleh menolak skrin laptop ini 180 darjah. Ianya sangat berguna jika kita dalam perbincangan kumpulan.

Satu lagi ciri yang kami suka ialah bagaimana laptop ini mempunyai bahagian built-in extra pada bawah laptop, yang membantu menaikkan laptop itu. Ini memberikan laptop reka bentuk ergonomik keseluruhan yang sangat bagus apabila anda menghabiskan berjam-jam menaip pada keyboard anda. Bukan itu sahaja, ia juga membantu dengan haba dan memberikan aliran udara yang lebih baik.

Dari segi saiz, dimensinya ialah 35.84 x 24.77 x 1.99cm (W x D xH) dan beratnya melebihi 1.8kg. Ia agak padat tetapi ia juga bukan laptop paling ringan yang ada di pasaran. Walau bagaimanapun, ia masih merupakan peranti yang bagus jika anda kerap melakukan perjalanan ke tempat kerja.

Paparan dan kualiti audio

Seperti yang dinyatakan di atas, Vivobook 16X mempunyai paparan sebesar 16 inci. Ia mempunyai resolution 1920 x 1200 yang menjadikannya paparan dengan nisbah 16:10 dan menyokong sehingga 60 Hz refresh rate. Ia adalah skrin LCD IPS dengan panel backlight LED, dan skrinnya tidak begitu terang seperti yang diinginkan oleh sesetengah orang. Kecerahan skrin hanya boleh meningkat kepada sekitar 300-nit dan kami rasa ia cukup bagus. Mungkin akan ada orang yang mendapati bahawa ianya sangat terang.

Sejujurnya, kami bukanlah begitu cerewet mengenai visual apabila menggunakan laptop mahupun PC. Kami rasa warnanya agak terang dan menawan semasa menggunakan laptop ini untuk bermain game dan menonton video Youtube. Perkara lain yang kami berpuas hati ialah nisbah screen-to-body Vivobook 16X 86%, dan berapa banyak yang saya boleh keluarkan daripada skrin tanpa bezel menghalangnya. Satu lagi perkara menarik yang terdapat dalam laptop ini ialah privacy shield webcam fizikal di tengah-tengah bezel atas. Jadi rasa selamat sedikit apabila kita boleh menutup webcam secara manual.

Bercerita tentang audio pula, bagi kami ia agak standard. Yang pasti kualiti bunyinya jelas dan berfungsi dengan baik semasa memainkan muzik atau menonton video.

Keyboard dan trackpad

Kami sangat sukakan keyboard Vivobook 16X kerana ianya sangat responsif. Ia sangat mudah untuk menyesuaikan diri dengan keyboard ini dan kami tidak perlu menggunakan kuasa yang banyak untuk menekan kekuncinya. Laptop ini juga mempunyai backlight pada keyboard, jadi bolehlah anda gunakannya dalam keadaan gelap tanpa masalah. Terdapat juga number pad tersedia yang sangat sesuai untuk anda yang bekerja untuk data entry dan nombor.

Sekali pandang, trackpad laptop ini kelihatan besar sedikit berbanding laptop lain dalam pasaran. Posisinya juga tidaklah berada di tengah, selaras dengan keyboard, memudahkan pengguna mengguna laptop dengan lancar. Perkara menarik yang ada pada track pad ini ialah “palm rejection”. Memandangkan saiz trackpad lebih besar, pasti ada pengguna yang akan meletakkan tangan anda pada trackpad. Jadi palm rejection tersebut diletakkan supaya ia tidak mengganggu pengguna. Trackpad itu juga mempunyai pengimbas jari pada penghujung sudutnya.

Ketersambungan

Terdapat beberapa port yang ada pada Vivobook 16X, iaitu:

  • USB 2.0 Type-A x1
  • USB 3.2 Type-C x1
  • USB 3.2 Gen 1 Type-A x2
  • HDMI 1.4 x1
  • Combo Audio Jack 3.5 mm x1
  • DC-in x1

Banyak, betul tidak? Cuma kami tidak puas hati dengan posisi setiap port tersebut. Agak pelik mengapa sebelah kiri hanya ada USB 2.0 manakala selebihnya berada di sebelah kanan laptop. Ia mungkin agak janggal untuk sesetengah pengguna untuk gunakan port ini nanti.

Hayat bateri

Vivobook 16X mempunyai bateri 50WHr dan laptop boleh bertahan sekitar 5 jam di mana kami menggunakan peranti dalam Mod Senyap, sambil menyiapkan beberapa dokumen, melayari Internet melalui Firefox sambil mendengar Spotify dan menonton beberapa video YouTube. Kalau anda jenis yang tidak melakukan kerja berat, ianya mampu bertahan hampir sehari. Jadi berbaloi sangat untuk anda yang ingin melakukan kerja-kerja ringan.

Prestasi laptop

  • 3DMark: 787
  • PC Mark 10: 5341
  • Cinebench Single Core: 822 point
  • Cinebench Multi Core: 8336 point

Ujian game

Laptop ini bukanlah laptop gaming, tetapi kami teringin untuk lihat bagaimana prestasinya jika kita bermain game padanya. Antara game yang kami main ialah Apex Legends, The Settlers: New Allies dan Hades.

Apex Legends dimainkan dengan tetapan paling rendah. Kami berjaya dapatkan 30 FPS semasa bermain. Memandangkan game ini agak fast paced, jadi ia mungkin tidka begitu sesuai.

The Settlers: New Allies juga dimainkan dengan tetapan terendah dan mendapat lebih kurang 30 FPS. Ia masih boleh dimainkan tanpa sebarang masalah.

Hades pula memberikan prestasi yang hebat pada laptop ini. Ia berjalan dengan lancar sekitar 60 FPS.

Senang cerita, game AAA agak mustahil untuk dimainkan dengan baik pada laptop ini. Tetapi kalau anda seorang peminat game indie atau game kasual, rasanya tiada masalah untuk anda mainkannya dengan lancar.

Spesifikasi penuh Vivobook 16X

CPUAMD Ryzen™ 5 5600H Mobile Processor (6-core/12-thread, 19MB cache, up to 4.2 GHz max boost)
RAM 8 GB DDR4 on board
GPUAMD Radeon Graphics 
Storage512GB M.2 NVMe™ PCIe® 3.0 SSD
Connectivity Wi-Fi 6(802.11ax) (Dual band) 2*2 + Bluetooth® 51x USB 2.0 Type-A1x USB 3.2 Gen 1 Type-C2x USB 3.2 Gen 1 Type-A1x HDMI 1.41x 3.5mm Combo Audio Jack1x DC-in
Display 16.0-inch, WUXGA (1920 x 1200) 16:10 aspect ratio, IPS-level Panel, LED Backlit, 60Hz refresh rate, 300 nits, 45% NTSC colour gamut, Anti-glare display, Non-touch screen, (Screen-to-body ratio)86%
Audio SonicMaster with Cortana voice-recognition support
Power 50WHrs, 3S1P, 3-cell Li-ion4.5, 90W AC Adapter, Output: 19V DC, 4.74A, 90W, Input: 100~240V AC 50/60Hz universal
Dimensions(W x D x H)35.84 x 24.77 x 1.99 cm 
Weight 1.88 kg 

Kesimpulan

Vivobook 16X merupakan pilihan berbaloi untuk dimiliki oleh pelajar, mahupun untuk pekerja yang sering ke mana-mana sahaja. Ia juga hadir dengan Microsoft Office Home & Student untuk digunakan.

Ia turut hadir dengan ciri bagus dengan skrin 16 inci, keyboard dan trackpad yang responsif serta hayat bateri yang mantap dengan harga yang berpatutan. Kalau anda ingin mendapatkan laptop bajet dengan skrin yang bagus, ia tersedia pada harga RM 2599. Boleh lawati laman web rasmi ASUS untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya.

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai laptop daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: AsusASUS Vivobook 16X M1603QAVivoBook
Previous Post

Katalog PS Plus Mac 2023 – Uncharted, Ghostwire: Tokyo, Immortals Fenyx Rising, Life is Strange

Next Post

Interview World of Warcraft: Dragonflight 10.1 – Mengenali Embers of Neltharion!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Interview World of Warcraft: Dragonflight 10.1 – Mengenali Embers of Neltharion!

Interview World of Warcraft: Dragonflight 10.1 – Mengenali Embers of Neltharion!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd