Gamers! Gamers! Dimana kesemua para gamers! Seperti yang semua para gamers tahu, dan baru sahaja ASUS Malaysia telah mengumumkan kehadiran peranti pintar untuk para gamers yang terbaru iaitu Asus ROG Phone II akan dilancarkan di Malaysia 16 Oktober ini! Tapi yang paling menariknya, geng kami berpeluang untuk mencuba sendiri Asus ROG Phone II ni!
Sedikit spesifikasi yang kami akan kongsikan, ROG Phone II telefon ini dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 855 Plus yang dipasangkan dengan penyimpanan UFS 3.0. Ia dilengkapi dengan bateri sebesar 6000mAh, menyokong bateri 30W yang cepat dan boleh menjalankan permainan besar dengan lancar. Juga, telefon ini mempunyai paparan AMOLED FHD + 6.59 inci dengan kadar refresh 120Hz, menjadikannya sangat menarik untuk gamers. Jadi sebelum kami teruskan review kami yang lebih mendalam dan tip top untuk telefon pintar khas untuk gaming ni kepada semua, kami akan kongsikan sedikit kelebihan yang ada dalam telefon ini buat korang semua geram!
Pssst ~ Usha dulu video unboxing kitorang ni
Ada dua titik berat untuk kelebihan yang kami akan kongsikan didalam ini, yang mengikuti perjalanan ROG Phone dari yang pertama hingga kini, iaitu sistem Air Trigger II yang paling menarik perhatian gamers dan sistem penyejukanya iaitu GameCool II!
Air Trigger II
Bagi penggemar ROG Phone sudah semestinya anda dah tahu kan apa itu Air Trigger? Jadi sekali lagi ROG Phone II Turut membawa Air Trigger II untuk kegunaan para gamers! Pada yang tidak tahu apa itu Air Triggers, ianya merupakan kawalan pada skrin yang menggunakan ‘Trigger’ tetapi dalam versi halimunan! EH! Iya Air Trigger ROG Phone bukan seperti gajet Trigger yang kita boleh dapatkan dimana-mana kedai gajet, ianya istimewa kerana hanyalah sensor dan bukan sebarang butang yang harus ditekan.
Kegunaan Air Trigger menyenangkan para gamers terutama para pemain bermain permainan menembak seperti PUBG Mobile! Untuk mengimbangi antara kawalan skrin dan pengawal perkakasan yang berdedikasi, ROG Phone asal memperkenalkan teknologi Haptic AirTrigger di tepinya untuk memberikan pemain yang berdedikasi mengawal mata untuk input yang paling penting.
Jadi sekali lagi, bagi meneruskan generasi Air Trigger, ianya juga hadir bersama ROG Phone II. Perisian algoritma menyenangkan para gamers untuk menggunakan Air Trigger ini secara santai dan anda hanya akan merasakan penggerakanya dengan getaran haptik dalam 20ms sahaja! Bukan begetar kuat lansung dan berbeza besar dari ROG Phone yang pertama kerana getaran yang lalu sehingga 63ms! Jadi jari anda boleh relax dan siap boleh memberi geseran secara lembut!
GameCool II
Nama pun telefon gaming, main berejam-rejam untuk permainan kesukaan, sudah semestinya yang penting adalah penggerakan udaranya yang sentiasa menyejukan telefon kan? Anda tidak perlu risau, kerana dalam ROG Phone II dilengkapi sistem GameCool II!
Dalam ROG Phone II terdapat 3 lapisan sistem penyejukan. Terdapat ‘vapor chamber’, ‘Heat Sink & Underfill’ serta ‘vents’ untuk pelepasan haba dibahagian belakang telefon. Tidak cukup dengan itu, terdapat aksesori Aero Active Cooler II dimana sama seperti sebelum ini juga tersedia bersama ROG Phone. Anda hanya boleh terus pasangkan dan bezanya kali ini ianya 4x lebih senyap berbanding dulu dengan rekaan yang menarik serta menyejukkan telefon sehingga 5°!
Sistem GameCool II berfungsi didalam ROG Phone II sebagai ‘vapor chamber’ 3D yang mampu melepaskan sebanyak 7.5W haba buangan. Sistem GameCool II ini bukan setakat didalam telefon, tetapi juga untuk bahagian luar dan bernafas dengan ‘vent’ yang tersedia. Memang tak terkata dengan sistem penyejukan ROG Phone II ini selagi ada GameCool II! Apa ada hal kalau sistem penyejukan begerak secara 3D, main la sepuas hati game korang tu!
Okay-okay cukup sekadar sini perkongsian pertama kami untuk ROG Phone II! Tunggu sikit hari lagi, bagi kami puas-puas bermain dan review telefon pintar gaming yang padu ini, kemudian kami akan kongsikan kepada anda semua 16 Oktober ini! Tapi apa yang kami nak bagitahu, Asus ROG Phone II memang tidak mengecewakan para gamers! Puas hati main game kegemaran anda dalam ni. Nantikan review penuh dari kami nanti ok!
@gamersantaimy
Discussion about this post