ASUS Republic of Gamers (ROG) dengan bangganya mengumumkan barisan desktop baru untuk 2023, lengkap dengan CPU dan GPU baru daripada Intel dan NVIDIA, serta reka bentuk semula untuk meningkatkan aliran udara merentasi papan. Barisan terbaru kali ini terdiri kepada tiga jenis iaitu ASUS ROG G22CH, ROG Strix G13CH dan ROG Strix G16CH dikatakan sebagai desktop dengan prestasi gaming mantap yang memberi pengamalan “next level”.
ROG G22CH

Mempunyai reka bentuk sekecil 10L, ROG G22CH membuktikan bahawa saiz bukan segala-galanya. Dengan bentuk ultra-kompak, PC small form factor ini mempunyai prestasi gaming hebat dan hanya mengambil tempat yang kecil di atas meja.

Buat pertama kali untuk desktop ROG, G22CH menggunakan pencahayaan bias tidak langsung untuk panel hadapan, memberikan imej gamer kepada produk yang halus namun jelas. Selain itu, G22CH juga boleh dikuasakan sehingga Intel Core I9-13900K, kad grafik siri NVIDIA GeForce RTX 40, 32GB DDR5 4600 MHz RAM dan 2TB storan PCIe 4.0. Menjadikannya sesuai untuk menyampaikan pengalaman gaming next-gen.

Desktop ini juga telah direka untuk memfokuskan aliran udara yang lancar demi penyejukan yang serius. Diberikan dua pilihan, ia boleh menyokong penyejukan udara secara tradisional menggunakan kipas atau penyejuk cecair AIO boleh diubahsuai untuk CPU.

ROG G22CH adalah lebih kecil jika ingin dibandingkan dengan PC small form factor sebelum ini, ROG G21CX Huracan, walaupun ia mempunyai adapter external manakala G22CH mempunyai power supply dalaman. PC ini juga menampilkan ciri reka bentuk tanpa alat, memberi akses mudah ke semua bahagian perkakas. Jadi, ia akan memudahkan pengguna jika ingin menaiktaraf perkakas di masa hadapan.
ROG Strix G16CH

Menurut ASUS, kekuatan sebenar gaming desktop ialah gabungan kompenen utama dan keseimbangan aliran udara teliti untuk penyejukan yang konsisten. ROG Strix G16CH telah menghasilkan formula yang sempurna, berkat kuasa pemprosesan sehingga Intel Core I7-13700KF dan kad grafik siri NVIDIA GeForce RTX 4080.

Bagi gamer yang selalu melakukan multitask, Strix G16CH menawarkan sehingga 128GB RAM DRR4, dan bagi mereka yang mempunyai bilangan game yang banyak di library Steam atau sebagainya, jumlah storan sebanyak 3TB boleh dikembangkan untuk memastikan anda dapat bermain dengan fikiran yang tenang.

Rahsia sebenar ROG Strix G16CH bukan terletak pada spesifikasi high-end, tetapi dalam reka bentuknya yang lebih fokus kepada aliran udara sepenuhnya. Menampilkan panel hadapan dengan akses untuk udara segara serta ekzos yang hampir sama untuk pengudaraan yang banyak, Strix G16CH dengan mudah mampu mengadakan sesi gaming yang lama tanpa risau tentang masalah pemanasan.

Sebagai sebuah mid-tower PC, ia mampu menampung konfigurasi penyejuk udara tradisonal ataupun penyejuk cecair 240mm berprestasi tinggi untuk CPU. Walaupun reka bentuknya tertumpu pada aliran udara, ROG telah melakukan sesuatu yang baru untuk logo trademark mereka. Hal ini berjaya membezakan G16CH dengan produk lain, termasuk juga ROG Slash, pemegang headset dan tali cincin D berkembar, menampakkan betapa uniknya ROG Strix G16CH ini.
ROG Strix G13CH

Desktop ROG sentiasa dikenali sebagai produk gaming terkenal dengan gaya cutting-edge, kini, ROG Strix G13CH telah mengambil alih tugas tersebut. Direka bentuk semula untuk 2023, casis kali ini mempunyai lebih banyak aliran udara berbanding sebelum ini, dengan mengekalkan lengkung dan sudut yang menjadikan produk ROG kelihtan unik daripada jenama lain.

Strix G13CH mampu dikuasakan sehingga sistem pemprosesan Intel Core I7-13700 dan GPU siri NVIDIA GeForce RTX 40. PC ini juga mampu menawarkan sehingga 64GB RAM dan jumlah storan sebanyak 2TB. Ia akan sentiasa bersedia untuk mengendalikan sesi gaming, penstriman dan apa sahaja para gamers boleh lakukan.

Seperti Strix G16CH, Strix G13CH juga direka bentuk semula dengan tumpuan pada aliran udara. Potongan tambahan dan saluran udara sepadan dengan laluan yang menjadikan desktop ini begitu dikenali sebagai produk ROG. Ia boleh meningkatkan prestasi penyejukan tanpa mengorbankan identiti ROGnya.

Dengan sokongan WiFi 6E 1, ia menawarkan rangkaian tahap jalur lebar dengan low latency. Walaupun pada rangkaian yang sesak, Strix G13CH membolehkan sambungan sedia untuk sukan esport tidak kira di mana sahaja anda bermain di rumah. Sesuai untuk mereka yang mahukan sesi gaming tanpa gangguan rangkaian dan mendapat menikmati pengalaman lancar.
Spesifikasi
Berikut adalah spesifikasi untuk ASUS ROG G22CH, Strix G16CH dan Srix G13CH:
ROG G22CH
CPU | Sehingga 13th Gen Intel® Core™ i9-13900KF CPU |
GPU | Sehingga NVIDIA® GeForce RTX™ 40 series graphics card |
OS | Window 11 |
Chipset | Intel® B760 |
Memory | Sehingga 32 GB DDR5 4800 MHz |
Drive Bay | Sehingga dual drive 1 TB Performance PCIe® 4.0 SSD + 1 TB Performance PCIe® 4.0 SSD |
Thermal | Penyejukan cecair atau penyujukan udara |
LAN/WiFi | WiFi 6E (802.11ax WLAN) |
I/O Port Hadapan | 2x USB 3.2 Gen 2 Type A 1x USB 3.2 Gen 2×1 Type-C 1x headset audio port (termasuik mic in dan line out) |
I/O Port Belakang | 1x HDMI 2.0 1x LAN (RJ-45) port 2x USB 3.2 Gen 1 Type-A 2x USB 2.0 3x Audio jack menyokong 7.1 channel audio output |
Size | 10L 11.5 x 32.3 x 28.69 cm |
ROG Strix G16CH
CPU | Sehingga 13th Gen Intel® Core™ i7-13700KF CPU |
GPU | Sehingga NVIDIA® GeForce RTX™ 4080 graphics card |
OS | Window 11 |
Chipset | Intel® B760 |
Memory | Sehingga 64GB DDR4 U-DIMM (16G 3200 x 4) |
Drive Bay | Sehingga dual drive PCIe Gen4 SSD 1TB Performance SSD+ 3.5′ 2TB HDD |
Thermal | Penyejuk cecair 240 mm atau penyejukan udara |
LAN/WiFi | WiFi 6E (802.11ax) |
I/O Port Hadapan | 2 x USB 3.2 Gen 1 Type-A 2 x USB 3.2 Gen 2 Type-C® 1 x Mic in 1 x Headphone out |
I/O Port Belakang | 2 x HDMI® 2.1 1 x DisplayPort™ 1.4 1 x LAN (RJ-45) port 2 x USB 3.2 Gen 2 Type-A 4 x USB 2.0 Type-A 3 x Audio jacks supporting 7.1 channel audio output 1 x PS/2 Keyboard, Mouse combo port |
Size | 18.5 x 42.1 x 51 cm |
ROG Strix G13CH
CPU | Sehingga 13th Gen Intel® Core™ i7-13700 Processor |
GPU | Sehingga NVIDIA® GeForce RTX™ 40 series graphics card |
OS | Window 11 |
Chipset | Intel® B760 |
Memory | Sehingga 64GB DDR4 U-DIMM (16G 3200 x 4) |
Drive Bay | Sehingga dual drive 1 TB Performance PCIe® 4.0 M.2 SSD + 3.5″ 1 TB HDD |
Thermal | Penyejukan udara |
LAN/WiFi | WiFi 6E (802.11ax) |
I/O Port Hadapan | 2 x USB 3.2 Gen 1 Type-A 1 x headset audio port (Including mic in and line out combo jack) |
I/O Port Belakang | 2 x HDMI® 1 x DisplayPort™ 1 x LAN (RJ-45) port 2 x USB 3.2 Gen 2 Type-A 4 x USB 2.0 Type-A 3 x Audio jacks support 7.1 channel audio output 1 x PS/2 Keyboard, Mouse combo port |
Size | 27L 18 x 43 x 42.8 cm |
Sekiranya berminat, anda boleh lawati laman web rasmi produk untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai desktop PC ini. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai produk ASUS daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post