Baru-baru ini, ASUS Republic Of Gamers atau ROG telah announce yang diorang akan berkerjasama dengan game terbaru dari Activision iaitu Call Of Duty Black Ops 4 yang akan dikeluarkan pada 12 October 2018 nanti. ASUS juga telah memberitahu yang mereka akan membuat promosi dari 10 September 2018 hingga 31 December 2018! Apa promosi yang dibuat oleh ASUS dan game COD terbaru tu?
ASUS akan bagi game Call Of Duty Black Ops 4 secara PERCUMA! Jika korang beli barangan ASUS ROG yang bermula dari 10 September 2018 hingga 31 Disember 2018. Dan tarikh tembus semula bermula 10 September 2018 hingga Januari 2018 nanti. So nak dapatkan game Call Of Duty Black Ops 4 dengan free? Beli la barangan ASUS ROG di kedai computer ASUS berdekatan dengan korang.
Barangan ASUS ROG yang layak? Korang boleh pilih dari :-
· ROG ZEPHYRUS (GX SERIES)
· ROG ZEPHYRUS (GM SERIES)
· ROG G703
· ROG STRIX GL703
· ROG STRIX GL504
Dan make sure Intel processor tu sama ada Intel Core i5 ataupun Intel Core i7 untuk layak buat penembusan untuk game COD Black Ops 4. Tarikh terakhir untuk tembus game ni adalah 12 April 2019, dan tarikh terakhir untuk mendapat tembusan dari website ASUS adalah 10 Januari 2019. So korang kena la dapatkan segera.
Memang dari dulu ASUS berkerja sama dengan Activision dan salah seorang jurucakap Activision berkata “Para pembuat game ni berkerja amat keras untuk membuat Black Ops 4 ini adalah Call Of Duty yang terbaik bagi peminat Call Of Duty dan ASUS ROG juga menolong kami dalam pembinaan komuniti Call Of Duty kami, kami memang mengalu-alukan ASUS ROG untuk berkolaborasi dengan kami.”
Bagi sesiapa nak nak link ASUS website Redemption boleh klik SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post