Dimana kaki kaki gamers mobile sedunia?! Dah hampir setahun sejak Asus melancarkan Telefon Pintar khas untuk Gaming dan dunia eSports iaitu ASUS ROG Phone ! Kali ini nampaknya tersebar di laman web Weibo yang kehadiran ASUS ROG Phone 2 ini pada 23 Julai ini ketika di pelancaran produk-produk terbaru bertempat di Cadillac Centre Beijing! Di samping itu, mereka turut mendedahkan serba sedikit spesifikasi telefon pintar gaming terbaru ini
Korang jangan terkejut, nampaknya ASUS ROG Phone 2 ini akan berkolobrasi bersama pengeluar permainan terkenal iaitu Tencent Gaming!
Menurut pengumuman rasminya, kadar refresh telefon pintar ROG ini akan meningkat sehingga 120Hz yang lebih kuat dari generasi sebelumnya. Di samping itu, pemproses telefon juga dilengkapi dengan pemproses Snapdragon 855, yang menyediakan pemain dengan pengalaman permainan terbaik.
Sebelum ini turut ada yang membocorkan kehadiran telefon ini di Twitter, tetapi masih belum mempunyai gambaran sebenar;
Asus ROG Phone 2 will most likely launch on July 23 and will be priced at somewhere around Yuan 4399.#asus #ROG #rogphone2 pic.twitter.com/JjeCny5OMi
— Mukul Sharma (@stufflistings) June 18, 2019
Untuk sekarang hanya info ini yang kami dapat kongsikan. Apa apa pun kami akan membawa lebih banyak berita tentang ASUS ROG Phone 2 kepada para pengguna atau pemain mobile gaming dalam masa terdekat! Jadi siapa rasa tak sabar ni!!
@gamersantaimy
Discussion about this post