ASUS Malaysia dan AMD hari ini telah mengumumkan beberapa komputer riba AMD Ryzen dengan GeForce GTX yang baru, termasuklah premium ROG Zephyrus G GA502, solusi penyelesaian permainan yang berpatutan dan ASUS TUF Gaming FX505 yang mampu memberikan prestasi permainan padat. Kedua-dua produk baru ini akan tiba di Malaysia pada awal bulan Jun, dan di sini kami senaraikan butirannya.
Menawarkan gaming ultra-nipis dengan harga yang berpatutan tanpa menjejaskan prestasi, grafik GeForce Zephyrus G GA502 dihadirkan dengan CPU AMD Ryzen. Terdapat juga ROG Boost, di mana GeForce GTX 1660 Ti MAX-Q GPU mampu mencatatkan sehingga 1335MHz pada 60W. Ini memberikan kadar framerate yang kukuh dengan kelancaran yang boleh dipercayai pada paparan 120Hz pilihan.
Zephyrus G mempunyai garisan yang bersih dan papan kekunci keyboard putih yang memberikan penampilan bersahaja. Di samping itu, ia mempunyai APU Ryzen 7 mudah alih dengan teras quad dan lapan threead yang mampu memberikan prestasi kerja seharian dengan selesa. Kuasa baterinya yang hebat dengan hayat sehingga tujuh jam. Ia juga mempunyai dua paparan yang disokong HDMI 2.0b dan DisplayPort atas USB-C dan HDMI juga.
Menggabungkan APU mudah alih Ryzen terbaru dengan GeForce GTX 1660 Ti GPU (sehingga GPU RTX2060), komputer riba ASUS TUF Gaming FX505 dibuat khas untuk menyampaikan permainan berprestasi tinggi yang menawan dengan harga yang berpatutan. Sama seperti komputer riba TUF Gaming lain, komputer riba FX505 baru diuji dan diperakui untuk memenuhi piawaian gred MIL-STD-810G.
Di samping itu, Asus Super Brand Day kini kembali dengan tawaran yang menarik pada produk ASUS dari 27 sehingga 29 Mei. Voucher bernilai RM200,000 untuk direbut, dan akan terdapat tawaran super harian untuk komputer riba dan diskaun sehingga RM1,000 pada telefon ASUS juga. Selain itu, korang juga boleh mengambil bahagian dalam Quiz Shopee di media sosial dan berpeluang untuk memenangi STRIX DSP Headsets dan STRIX Glide Control Mouse Pads.
Pre-order eksklusif untuk siri baru sekarang untuk ASUS TUF FX505, di mana ia akan tersedia di Shopee mulai 27 Mei. Pelanggan pertama untuk membeli model komputer riba yang baru itu akan menerima pakej pre-order khas, termasuklah ASUS Cerberus Gaming Headset + ASUS ZenPower (berjumlah RM 279).
Untuk maklumat lanjut mengenai produk ASUS, korang boleh melawat halaman rasmi Shopee atau Facebook mereka!
@gamersantaimy
Discussion about this post