Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

ASUS Malaysia Umum Laptop ‘ProArt’ Terkini & ‘ASUS AI PC First Experiential Roadshow 2024’

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 12, 2024
in Acara, Artikel, Berita, Komputer, Laptop, Promosi, Teknologi, Tempatan
0 0
0
ASUS Malaysia Umum Laptop ‘ProArt’ Terkini & ‘ASUS AI PC First Experiential Roadshow 2024’
Share on FacebookShare on Twitter

ASUS hari ini memulakan era baharu PC Copilot+ di Malaysia semasa ASUS AI PC Launch 2024 dengan pelancaran model serba baharu ProArt P16 dan ProArt PX13 daripada siri ProArt yang menampilkan keupayaan AI termaju.

Acara ini juga memulakan ASUS AI PC First Experiential Roadshow Malaysia di mana pelawat boleh menikmati pakej ganjaran eksklusif, memenangi hadiah cabutan bertuah dan merasai sendiri barisan terbaru ASUS AI PC.

Kredit: ASUS Malaysia

ProArt P16

Laptop 16-inci ProArt P16 mempunyai casis hitam premium yang nipis hanya 14.9 mm dan berat 1.85 kg. Dikuasakan oleh NPU 50 TOPS yang disepadukan ke dalam pemproses AMD Ryzen AI 9 370 HX dan GPU Laptop NVIDIA GeForce RTX 4070, ia memberikan gabungan kuasa sehingga 321 TOPS.

Skrin sentuh 16-inci ASUS Lumina OLED 4K memastikan ketepatan warna yang tepat, manakala port I/O bervariasi membolehkan sambungan lancar ke semua peranti. Tambahan lagi, memori 32GB LPPDR5X RAM dan storan 2TB PCIe 4.0 SSD ultrafast memastikan banyak ruang untuk berbilang tugas dan urusan.

Akhir sekali, sistem penyejukan Tri-Fan yang dipasangkan dengan liquid metal thermal memastikan prestasi terbaik dengan hampir tiada bunyi bising (<25 dB) dalam mode Manual.

ProArt P16 (H7606) tersedia pada harga RM12,999.

ProArt PX13

Untuk meningkatkan aspek mudah alih, laptop boleh tukar ProArt PX13 berukuran 13-inci direka untuk mana-mana senario, dengan engsel 360° yang membolehkan pengguna berubah antara mode laptop, tent, stand atau tablet.

Bukan itu sahaja, ia dilengkapi dengan paparan 3K ASUS Lumina OLED beresolusi tinggi, pemproses AMD Ryzen AI 9 HX 370, GPU Laptop GeForce RTX 4060, RAM 32GB LPDDR5X dan 1TB PCIe 4.0 SSD.

Bersama dengan sambungan WiFi 7, terdapat port I/O yang luas termasuk USB4 berkembar 40 Gbps untuk pengecasan pantas dan paparan luaran, HDMI 2.1 FRL dan pembaca kad MicroSD UHS-II. Penyejukan dikawal oleh reka bentuk dwi-kipas, dan empat ekzos yang digabungkan dengan sebatian liquid metal thermal.

ProArt PX13 (HN7306) tersedia pada harga RM9,999.

ASUS AI PC First Experiential Roadshow in Malaysia

Kredit: ASUS Malaysia

Eksklusif semasa Experiential Roadshow yang berlangsung dari 12 Ogos hingga 18 Ogos 2024 di Concourse, Plaza Low Yat, pelawat boleh menyemak ciri-ciri ASUS AI pada laptop ASUS & ROG terkini untuk peluang memenangi ROG Ally X bernilai RM4,299.

Pada masa yang sama pelbagai giveaway turut diadakan, di mana anda boleh membeli mana-mana laptop di roadshow untuk mendapatkan pakej ganjaran bernilai sehingga RM866.

Selain giveaway, lucky draw bernilai sehingga RM45,000 juga akan diadakan. Anda boleh memenangi ASUS Vivobook S 15 OLED BAPE Edition (bernilai RM5,799) dengan membeli laptop terpilih di roadshow.

Tags: AI PCAsus MalaysiaLaptop
ShareTweetSend
Previous Post

Kunitsu-Gami: Path of the Goddess Capai 500,000 Pemain – Raikan dengan DLC Percuma!

Next Post

Anime Harem Menarik 2024 Yang Korang Boleh Layan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Anime Harem Menarik 2024 Yang Korang Boleh Layan!

Anime Harem Menarik 2024 Yang Korang Boleh Layan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd