Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime Harem Menarik 2024 Yang Korang Boleh Layan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 12, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Senarai
0 0
0
Anime Harem Menarik 2024 Yang Korang Boleh Layan!
Share on FacebookShare on Twitter

Merupakan antara genre paling popular dalam anime setakat tahun 2024, pelbagai anime ‘harem‘ dibuat setiap musim. Bagi mereka yang tidak tahu, genre harem selalunya berlaku apabila si protagonis dikelilingi oleh lebih daripada satu kekasih, pasangan cinta, atau gadis yang menyukainya.

Selalunya disajikan dalam bentuk komedi atau romantik, genre harem kini lebih luas dan boleh merangkumi pelbagai spektrum termasuk aksi, isekai, fantasi, dan banyak lagi. Disebabkan ada terlalu banyak siri anime dalam genre tersebut, dalam artikel ini saya menyenaraikan beberapa anime harem menarik pada tahun 2024 yang anda boleh menikmati!

Chained Soldier

Gerbang ke dimensi lain, dipanggil Mato, mula dibuka di seluruh Jepun, di mana raksasa yang dikenali sebagai Shuuki mula menyerang penduduk Bumi. Di dalam portal ini terdapat sumber yang dipanggil “Peach”, yang apabila dimakan oleh wanita, memberikan kuasa ghaib kepada mereka.

Suatu hari, Yuuki Wakura, termasuk di dalam Mato dan bertemu dengan Kyouka Uzen, komander skuad ke-7 Demon Defense Force. Kyouka mempunyai kuasa untuk “memperhambakan” Shuuki, tetapi apabila dikepung oleh Shuuki yang semakin ramai, dia bertanya kepada Yuuki sama ada lelaki itu boleh diperhambakannya.

Yuuki bersetuju dan bertukar menjadi “hamba” wanita itu, lalu mereka mengalahkan semua Shuuki. Yuuki kemudian memutuskan untuk menyertai skuad Kyouka sebagai penjaga dan menyokong impiannya untuk menjadi Supreme Commander, sambil membongkarkan misteri di sebalik Mato.

Tales Of Wedding Rings

Satou mencintakan Hime, kawannya daripada kecil lagi. Suatu hari, Hime berkata dia akan berpindah, jadi Satou mengikutinya ke dalam portal di mana dia akan berkahwin dengan seorang putera raja. Apabila seekor demon menyerang, Hime memberikan cincinnya kepada Satou, yang memberikannya kuasa cahaya untuk mengalahkan demon itu.

Hime menjelaskan dia adalah seorang puteri dari dunia lain yang tinggal di Bumi untuk keselamatannya sendiri. Dunianya diserang oleh bangsa demon dan dia ditakdirkan untuk berkahwin dengan seorang hero dan memberi cincin yang mengandungi kuasa khas kepada hero tersebut. Malangnya, Satou telah merampas posisi hero itu.

Terdiri daripada lima cincin, Satou kini harus menjadi cukup kuat untuk menyelamatkan dunia, di mana dia mesti mengahwini empat puteri lain dan mendapatkan cincin mereka untuk mendapatkan kuasa: tanah, api, udara, dan air.

The Café Terrace And Its Goddesses

Siri ini mengikuti Hayato Kasukabe, seorang lelaki muda yang telah berpindah ke Tokyo semasa sekolah menengah. Selepas lulus peperiksaan untuk Universiti Tokyo, dia kembali ke kampung halamannya selepas dimaklumkan tentang kematian neneknya, dengan niat untuk menutup kafenya, Cafe Terrace Familia.

Di sana, dia menemui lima wanita yang bekerja di kafe itu, serta tinggal di bawah jagaan neneknya. Selepas melihat perjuangan mereka dan belajar tentang hubungan masing-masing dengan neneknya, dia memutuskan untuk membuka semula kafe itu.

2.5 Dimensional Seduction

Masamune Okumura ialah pelajar sekolah menengah tahun dua yang bertanggungbawa sebagai presiden dan satu-satunya ahli untuk kelab manga sekolahnya. Seorang otaku, dia mendakwa dia tidak berminat dengan gadis sebenar kerana terlalu obses dengan watak fiksyen bernama Liliel.

Tiba-tiba, seorang pelajar tahun satu bernama Lilysa Amano, yang meminati cosplay, menyertai kelab itu dan merekrut Okumura untuk menjadi jurugambar rasminya. Apabila Okumura mendapat tahu watak kegemarannya juga Liliel, dia mula belajar tentang perasaan romantiknya dalam dirinya, lagi-lagi selepas gadis-gadis lain tidak lama lagi menyertai kelab itu juga.

Hokkaido Gals Are Super Adorable!

Remajaa bernama Tsubasa Shiki telah berpindah dari Tokyo ke bandar Kitami di Hokkaido. Apabila tiba, dia bertemu rakan sekelasnya bernama Minami Fuyuki, yang menyukai budak bandar itu dan mula merapatkan dirinya dengannya.

Jauh berbeza daripada gadis lain yang pernah ditemuinya, Tsubasa menjadi sangat tertarik dengan gadis Hokkaido ini.

Plus-Sized Elf

Pada suatu malam, Tomoatsu Naoe, seorang ahli terapi urut, bertemu dengan pelanggan baharu. Pelanggan itu ialah Elfuda, seorang elf yang menganggap dirinya gemuk selepas berehat secara berlebihan di dunia manusia, dan memerlukan bantuan Tomoatsu untuk mengurangkan berat badan supaya dia boleh kembali melalui portal ke alam semesta asalnya.

Semasa Tomoatsu membantu Elfuda, lebih banyak makhluk mitos yang mempunyai masalah berat badan lain juga datang meminta bantuannya.


Maklumat diambil daripada MyAnimeList.

Tags: animeHarem
ShareTweetSend
Previous Post

ASUS Malaysia Umum Laptop ‘ProArt’ Terkini & ‘ASUS AI PC First Experiential Roadshow 2024’

Next Post

Interviu The Seven Deadly Sins: IDLE Bersama Netmarble – Membawa Anime Ikonik Ke Dimensi Baharu!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

EA Sports FC 26 – Update ‘World’s Game’ Tambah Kejohanan Piala Dunia, Juga Hadiahkan Pelé 93 OVR!
Berita

EA Sports FC 26 – Update ‘World’s Game’ Tambah Kejohanan Piala Dunia, Juga Hadiahkan Pelé 93 OVR!

June 5, 2026
Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!
Berita

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!

June 5, 2026
Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!
Anugerah

Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!

June 5, 2026
Next Post
Interviu The Seven Deadly Sins: IDLE Bersama Netmarble – Membawa Anime Ikonik Ke Dimensi Baharu!

Interviu The Seven Deadly Sins: IDLE Bersama Netmarble – Membawa Anime Ikonik Ke Dimensi Baharu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd