ASUS Zenbook Pro 15 dah dilancarkan di Malaysia dengan rekaan yang menarik, ringan dan mempunyai spesifikasi yang sangat bagus. Penambahan tebaru bagi Zenbook Pro 15 adalah ScreenPad yang bercampur dengan Touchpad dan mempunyai resolution yang tinggi, Full-color Touchscreen yang size dia 5.5’FHD Touchscreen, kalau nak tukar ke Touchpad balik tekan je F6. yang suka buat designing dan edting pasti akan suka dengan add-on terbaru dari ASUS ni.
tapi memang tak dinafikan yang Zenbook Pro 15 ada banyak penambahan baru contohnya Processor yang dipakai adalah 8th Generation Intel Core i9 ,NVIDIA GeFORCE GTX 1050 Ti adalah Graphic yang akan digunakan dalam produk terbaru ASUS ni, RAM ZenBook Pro 15 ni boleh dimuatkan sehingga 16GB RAM dan Storage boleh simpan sampai 1TB PCle 3.0 x 4 SSD, besar tu. Memang puas la kalau main game atau buat kerja, ataupun kedua-duanya sekali.
Skrin dia FHD 15-inch Nano Edge display dan Sound yang digunakan oleh Zenbook Pro 15 adalah Harman-Kardon Audio System memang kalau dengar, bunyinya memang terbaik. Zenbook Pro 15 nampak ada gaya yang elegan dan berkelas untuk orang yang menggunakannya tidak lupa jugak ada latar cahaya warna emas dibelakang Keyboard.
Zenbook Pro 15 ini bentuk yang nipis dan badannya bertutupkan Aluminium yang berwarnakan Biru Gelap dan Ros Emas pada reka bentuk itu, berkenaan ScreenPad, ScreenPad ada Application untuk ScreenPad seperti Microsoft Office, Powerpoint, Calculator, Music Player dan pelbagai lagi pilihan untuk pengguna ZenBook Pro 15.
Harga dia dari MYR5,999, MYR8,899 dan MYR10,999. Jualan untuk ASUS Zenbook Pro 15 telah mulakan jualan pada 28 Ogos 2018 di kedai barangan ASUS, untuk maklumat lebih lanjut boleh layari Website ASUS dan Page Facebook ASUS.
@gamersantaimy
Discussion about this post