Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Assassin’s Creed Valhalla ‘Final Content Update’ tersedia sekarang! Free Weekend akan mula 15-19 Dis!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 2, 2022
in Action, Adventure, Artikel, Berita, DLC, DLC percuma, Epic Store, Open World, PC, PS4, PS5, Steam, Ubisoft Connect, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Assassin’s Creed Valhalla ‘Final Content Update’ tersedia sekarang! Free Weekend akan mula 15-19 Dis!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Ubisoft mengumumkan bahawa ‘final content update’ untuk Assassin’s Creed Valhalla kini tersedia di Xbox One, Xbox Series X|S, PlayStation 4, PlayStation 5, serta Windows PC di Ubisoft Store, Epic Games Store dan Steam.

Dengan lebih 20 juta pemain di seluruh dunia, Assassin’s Creed Valhalla telah melalui perjalanan yang epik sejak pelancaran rasminya pada dua tahun lalu. Dalam ‘final content update’ ini, pemain akhirnya akan mengalami penghujung kisah Eivor dalam ‘The Last Chapter’ di mana dia bertemu Roshan, mentor kepada Basim dan disuarakan oleh Shohreh Aghdashloo.

The Last Chapter ialah quest percuma baharu yang menamatkan pengembaraan Eivor. Epilog ini memberi kesimpulan kepada beberapa plot dalam jalan cerita Valhalla yang panjang. Di sini, pemain akan bersatu semula dengan watak-watak penting, tokoh sejarah, kawan lama dan musuh, sambil melengkapkan kisah Eivor.

Cuma, anda perlu tahu bahawa The Last Chapter ialah kandungan ‘end-game’, jadi pemain perlu melengkapkan beberapa bahagian tertentu dalam naratif Assassin’s Creed Valhalla.

Pada 6 Disember, kolaborasi eksklusif Assassin’s Creed Valhalla dan game shooter popular Destiny 2 akan bermula. Sejumlah kosmetik baharu akan tersedia dalam Assassin’s Creed Valhalla, termasuk character pack dan weapon pack yang diilhamkan oleh Destiny 2. Pada masa yang sama, pemain Destiny 2 juga dapat memperoleh beberapa barangan kosmetik daripada francais Assassin’s Creed.

Seterusnya, bermula 15 Disember hingga 19 Disember; semua orang berpeluang bermain sebagai Eivor dan memulakan kisah Viking mereka merentasi Norway dan England semasa acara ‘Free Weekend’ Assassin’s Creed Valhalla. Maklumat lanjut tentang acara ini akan didedahkan tidak lama lagi.

Akhir sekali, untuk meraikan ulang tahun ke-15 Assassin’s Creed, Ubisoft turut menghadiahkan ‘Young Ezio Legacy Outfit’ secara percuma kepada semua pemain Assassin’s Creed Valhalla yang boleh ditebus melalui Ubisoft Connect pada 21 Disember.


Assassin’s Creed Valhalla ‘Final Content Update’ tersedia sekarang, jadi jangan lupa untuk cuba hujung minggu ini!

Muat turun di sini
Assassin’s Creed Valhalla
Publisher: Ubisoft
Developer: Ubisoft Montreal
Release Date: 2020-11-10
Microsoft Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S
Assassin’s Creed Valhalla akan melemparkan pemain ke abad ke-9 England, sebuah zaman di mana kerajaan Inggeris saling berperang sesama sendiri bersama Viking. Sebagai seorang askar Viking bernama Eivor, pimpin klan anda untuk membina petempatan baru di tengah-tengah kemaraan kuasa penjajah Inggeris.
Tags: Assassin’s CreedAssassin’s Creed ValhallaDLC
Previous Post

Star Was: The Skywalker Saga & High On Life bakal tersedia di Xbox Game Pass Disember ini!

Next Post

Honkai Impact 3rd 6.2 — Super AI Bersama Chakram-nya Sedia Untuk Beraksi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!
Berita

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!

June 5, 2026
Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!
Anugerah

Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!

June 5, 2026
Elden Ring Tarnished Edition Tiba Di Switch 2 Pada Ogos 2026 Bersama DLC Baru Untuk Semua Platform!
Nintendo Switch 2

Elden Ring Tarnished Edition Tiba Di Switch 2 Pada Ogos 2026 Bersama DLC Baru Untuk Semua Platform!

June 5, 2026
Next Post
Honkai Impact 3rd 6.2 — Super AI Bersama Chakram-nya Sedia Untuk Beraksi!

Honkai Impact 3rd 6.2 -- Super AI Bersama Chakram-nya Sedia Untuk Beraksi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd