Episod pertama untuk Assassin’s Creed Odyssey DLC Fate of Atlantis bakal tiba selasa ini, 23 April seperti yang diumumkan oleh Ubisoft. Episode One: Fields of Elysium membawa pemain ke Elysium dan menjadi pengenalan kepada jalan cerita DLC yang penuh mitologi sebelum bersambung Episode Two: Torment of Hades dan Episode Three: Judgement of Atlantis, yang akan keluar kemudian tahun ini.
https://www.youtube.com/watch?v=OeEp4JZhHso&feature=youtu.be
Selain daripada berjumpa dengan dewa dan melawan raksasa, Fields of Elysium memperkenalkan penambahbaikan abiliti untuk tiga skill tree: Hunter. Warrior, dan Assassin. Setiap episode di The Fate of Atlantis akan memperkenalkan penambahbaikan baru, dengan empat muncul di Elysium: Ares Bull Charge, Might of Artemis, Kronos Time Warp, dan Ares Madness. Episode 2 kemungkinan akan mempunyai kuasa bertema Hades.
Fields of Elysium terjadi selepas jalan cerita utama, jadi jika pemain ingin membawa karakter asal ke Atlantis, pemain harus menyelesaikan quest Between Two Worlds, main story dan quest Heir of Memories serta Lost Tales of Greece. Pemain juga harus cecah level 28.
Tetapi, jika pemain ingin pergi terus ke DLC, pemain mempunyai pilihan untuk boost karakter sehingga ke level 52 menggunakan preset abilities dan resources. Ini membolehkan pemain untuk bermula di quest Heir of Memories dan Lost Tales of Greece, sebelum pergi ke Fields of Elysium. Pemain sudah tentu tidak akan ada apa-apa progression dan tidak boleh memperolehi achievement jika pemain pilih untuk boost diri di DLC. Pada masa yang sama, itu pilihan yang bagus kerana dapat membantu ramai pemain , memandangkan betapa sukar game ini.
Sumber – Ubisoft
@gamersantaimy
Discussion about this post