Sempena acara Ubisoft Forward hari ini, Ubisoft telah berkongsi info lanjut tentang Assassin’s Creed Mirage, termasuk trailer baru yang mendedahkan serba sedikit tentang jalan cerita dan gameplay keseluruhan.
Anda boleh tonton trailer gameplay Assassin’s Creed Mirage di bawah:
Bakal tiba pada 12 Oktober, Assassin’s Creed Mirage merupakan entri seterusnya dalam francais, dan mengisahkan tentang Basim, salah satu watak penting dalam Assassin’s Creed Valhalla. Sinopsis adalah seperti di bawah:
Pada abad kesembilan CE, Baghdad memimpin dunia dalam sains, seni, inovasi dan perdagangan. Di tengah-tengah landskap bandar yang sibuk itu, kita melihat seorang anak yatim muda dengan masa lalu tragis harus bertahan hidup.
Dalam Assassin’s Creed Mirage, anda bermain sebagai Basim, seorang pencuri jalanan yang licik yang dihantui mimpi ngeri, tetapi ingin mencari jawapan dan keadilan. Selepas mendapat membalas dendam, Basim melarikan diri dari Baghdad dan menyertai organisasi rahsia —The Hidden Ones. Dia mempelajari ritual misteri dan prinsip kuat mereka, mengasah kebolehannya yang unik, menemui dirinya yang sebenar dan memiliki tujuan baharu — yang akan mengubah nasibnya dalam cara yang tidak pernah dia bayangkan.
Video gameplay memberikan gambaran lebih mendalam tentang mekanik dan reka bentuk dalam permainan di mana Pengarah Kreatif Stéphane Boudon dan Pengarah Seni Jean-Luc Sala menghuraikan semua gameplay baharu yang ditunjukkan. Pertama sekali, mereka menganggap protagonis Basim sebagai “glass cannon” (seseorang yang mampu melakukan damage besar, tetapi tidak menerima damage besar). Jadi berbanding lawan secara berdepan seperti Eivor (Valhalla), lebih baik anda berlawan secara senyap.
Di sini, mereka menjelaskan semua cara dia boleh guna untuk melarikan diri dari bahaya dan elakkan konflik dengan bantuan alatan stealth baharu yang boleh dinaik taraf dan boleh diubah suai seperti blowdart, throwing knife, perangkap dan banyak lagi. Selain itu, mereka mendedahkan lebih banyak info tentang Assassin’s Focus, sejenis abiliti yang membolehkan Basim membunuh sehingga empat musuh berturut-turut.
Ciri-ciri utama
Kisah naratif yang mendalam – Alami pengalaman action–adventure berteraskan naratif yang mengikuti transformasi seorang pemuda bermasalah kepada Master Assassin yang hebat dengan takdir yang berbahaya. Dalam perjalanan, temui pelbagai watak yang akan membentuk takdir Basim walaupun menyorok rahsia mereka sendiri…
Assassin terunggul – Jadi Assassin paling serba boleh dalam sejarah francais. Parkour dengan lancar melalui bandar dan guna pelbagai jenis alatan (senarai terbesar setakat ini dalam francais AC). Dapatkan kontrak di ‘bureau’, kumpulkan petunjuk penting dan bunuh sasaran secara senyap dengan lebih banyak cara pembunuhan kreatif berbanding game sebelum.
Bandar yang imersif dan reaktif – Terokai bandar yang padat di mana penduduknya bertindak balas terhadap setiap pergerakan anda. Bongkar rahsia kepada empat daerah unik, bermula dari kawasan perindustrian Karkh hingga ke taman-taman subur di Round City. Pelbagai ‘world event’ menanti anda dan jangan lupa untuk berinteraksi dengan tokoh sejarah yang membentuk Zaman Keemasan Baghdad.
Penghormatan kepada Yang Asal – Alami pengalaman moden berdasarkan ciri dan gameplay yang mendefinisikan francais Assassin’s Creed selama 15 tahun. Berjalan ke Alamut, rumah kepada Assassin legenda yang mengajar asas-asas menjadi pembunuh upahan dalam judul yang menghormatkan ciri autentik daripada game yang memulakan semuanya.
Watak yang kita bakal temui
- Basim – Asalnya dilahirkan di Samarra, Basim kehilangan ibunya pada usia muda dan dibesarkan keseorangan di jalanan Baghdad. Basim mengagumi Hidden Ones, dan bermimpi untuk menyertai mereka.
- Roshan – Selepas melarikan diri dari kehidupan penuh penindasan, Roshan menjadi master assassin di kubu kuat Hidden Ones iaitu Alamut. Kini, dia mendidik Basim sebagai pewaris pertamanya.
- Al Ibn Muhammad – Pemimpin kepada pemberontakan Zanj.
- Nehal – Rakan pencuri jalanan kepada Basim dan rakan kongsi jenayah.
Assassin’s Creed Mirage akan dilancarkan di PS5, PS4, Xbox Series, Xbox One dan PC pada pada 12 Oktober. Baca segala liputan kami tentang francais Assassin’s Creed di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post