Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Assassin’s Creed Akan Tiba Dengan Game Tersendiri Dengan Kerjasama Netflix!

Maira by Maira
September 11, 2022
in Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Assassin’s Creed Akan Tiba Dengan Game Tersendiri Dengan Kerjasama  Netflix!
Share on FacebookShare on Twitter

Netflix masih meneruskan misi mereka dalam menghasilkan siri-siri eksklusif untuk platform mereka. Selepas Resident Evil, Netflix kini bekerjasama dengan Ubisoft Film & Television dalam menghasilkan sebuah siri live action francais terkenal iaitu Assassin’s Creed. Jom kami ceritakan lebih lanjut mengenainya.

Assassin's Creed

Dikhabarkan bahawa siri tersebut akan membawa Jeb Stuart sebagai showrunner. Untuk anda yang mengenalinya, Jeb Stuart merupakan showrunner untuk siri original Netflix , Vikings. Melihat daripada sambutan hebat daripada siri tersebut, masih boleh dijamin bahawa francais ini berada di tangan yang baik. Agaknya apalah penceritaan yang akan dibawa Netflix untuk francais ini. Memandangkan syarikat tersebut suka membuat cerita original dalam siri mereka, harap-harap ia masih dapat mengekalkan “mood” Assassin’s Creed.

Assassin's Creed

Walaupun beberapa siri adaptasi Netflix seperti Resident Evil tidak memberikan respons memberangsangkan daripada peminat, siri tersebut akhirnya terus dibatalkan selepas musim pertama dilancarkan pada platform tersebut. Dengan menyasarkan peminat francais sebagai salah satu penonton, sudah tentu akan ada kritikan hebat daripada mereka. Lebih-lebih lagi kalau siri tersebut tidak begitu relevan dengan francais yang diadaptasi. Nampaknya ini akan menjadi salah satu cabaran besar Netflix untuk menjayakan siri live action Assassin’s Creed mereka.

Bukan setakat itu sahaja, terdapat juga game mobile yang dibangunkan untuk Netflix. Tiada maklumat lanjut yang didedahkan mengenainya, tetapi ada kemungkinan besar Ubisoft mempunyai rancangan hebat lain bersama Netflix untuk francais ini.

Apa pendapat anda mengenainya? Agaknya siri Netflix ini akan berdasarkan game AC yang mana? Boleh kongsikan pendapat anda di ruang komen. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Netflix daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: Assassin's Creednetflixubisoft
Previous Post

Assassin’s Creed Codename Jade Akan Hadir ke Mobile, Berlatarkan China Purba!

Next Post

Codename Red & Hex diumumkan, bakal menjadi tajuk premium bagi Assassin’s Creed!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Codename Red & Hex diumumkan, bakal menjadi tajuk premium bagi Assassin’s Creed!

Codename Red & Hex diumumkan, bakal menjadi tajuk premium bagi Assassin's Creed!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd