Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Asia Comic Con 2019 sudah berakhir! Inilah pengalaman kami di acara!

Sampai hilang arah tuju lihat macam-macam yang saya suka.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 30, 2019 - Updated on March 3, 2020
in Acara, Anime, Artikel, Cosplay
0 0
0
Asia Comic Con 2019 sudah berakhir! Inilah pengalaman kami di acara!
Share on FacebookShare on Twitter

Terlalu banyak perkara dan aktiviti yang boleh dinikmati di dalam Asia Comic Con 2019 yang baru berlangsung di Mid Valley Exhibition Center! Dari gerai-gerai, selebriti, cosplayer, doujin dan lain-lain, semua ada! Saya benar-benar menikmati acara ini dari pagi sampai malam. Ada beberapa perkara yang saya rasa boleh diubah tetapi secara keseluruhan, ia sangat menyeronokkan.

Nama-Nama Besar dalam Industri membuat Kemunculan!

Pasukan di Asia Comic Con telah secara konsisten membawa masuk banyak tetamu besar dan tahun ini tidak terkecuali. Mereka membawa juara Juara World Cosplay Summit 2019 A.K.Wirru, vokalis kepada OST Shingeki no Kyojin, Gundam UC, Guilty Crown, dan Ao no Exorcist, Mika Kobayashi, penyanyi legenda untuk Pokemon, Jason Paige dan banyak lagi. Kami juga mempunyai peluang untuk mewawancara mereka! Setiap nama besar ini sangat santai dan mesra dari awal hingga akhir.

Pelbagai Aneka Gerai untuk Semua Peminat!

https://www.facebook.com/gamersantai/posts/2197883233644765?__tn__=-R

Bersempena sambutan ulang tahun ke-80 MARVEL dan ulang tahun ke-35 Transformer, booth kali ini penuh dengan koleksi dan barang daripada Hasbro. Ini adalah kerana Hasbro merupakan salah satu penaja utama mereka. Terdapat barisan figura, patung-patung dan model kit yang sangat mengagumkan. Senarai ini bermula dari produk utama Hasbro seperti Transformers, Star Wars dan MARVELS. Selain itu, terdapat pelbagai gerai lain yang menjual produk mereka sendiri seperti siri Kamen Rider, mainan daripada anime terkenal dan lain-lain. Booth Doujin adalah salah satu yang saya tidak boleh lupa kerana macam-macam saya beli di sana. Artis telah menghabiskan waktu siang dan malam untuk menghasilkan produk mereka dan semua ternyata hebat!

Acara Pentas Penuh Tenaga dengan Penampilan Istimewa daripada Tetamu!

https://www.facebook.com/gamersantai/posts/2199867696779652?__tn__=-R

Ini adalah perkara yang paling HYPE untuk keseluruhan acara. Para penghibur memberi usaha 200% untuk menghiburkan penonton. Semasa persembahan Jason Paige, dia menyanyikan lagu tema Pokemon klasik dan semua orang berkumpul di sekeliling pentas dan menyanyi bersama. Dia juga turun dari pentas untuk menyertai mereka dan menyanyikannya sekali lagi! Mika Kobayashi juga memberi persembahan yang hebat dan menyampaikan suara terbaiknya untuk menyanyikan lagu-lagu yang dipaparkan dalam anime popular. Terdapat juga bengkel dan persembahan lain yang sangat menyeronokkan dan pada masa yang sama, memberi maklumat seperti A.K. Wirru yang memberi ceramah mengenai cosplay.

Acara yang Memberi Pengunjung Ruang untuk Bernafas!

https://www.facebook.com/gamersantai/posts/2195892777177144?__tn__=-R

Walaupun mempunyai pelbagai gerai dan persembahan, Asia Comic Con 2019 masih terasa sangat luas. Acara ini dibahagikan kepada 3 bahagian: kri adalah barisan booth Premium, tengah ialah pentas dan pintu masuk serta booth Doujin adalah di kanan. Terdapat banyak ruang untuk pengunjung berjalan dan bernafas. Dalam acara lain, disebabkan pengaturan yang salah, pengunjung mendapati ia agak sukar untuk bergerak ke sana sini, lalu menyebabkan mereka terlepas banyak aktiviti. Asia Comic Con tidak mempunyai masalah seperti itu. Pernyertaan berpuluh-puluh cosplayer juga memeriahkan acara! Dengan salah seorang tetamu jemputan adalah A.K Wirru, cosplayer tempatan juga bertambah ramai dan cuba melakukan yang terbaik dalam cosplay untuk menarik perhatiannya!

Kami benar-benar menikmati acara ini dan saya harap mereka akan teruskan usaha untuk tahun depan! Adakah kamu akan mengambil bahagian dalam acara seterusnya? Apa pendapat kamu tentang Asia Comic Con?

Tags: A. K. WirruanimeAsia Comic COn 2019CosplayerhasbroJason PaigeMarvelMid Valley Exhibition CenterMika KobayashiTransformer
Previous Post

Secara rasmi EA kembali ke Steam dan permainan pertama akan hadir adalah Star Wars Jedi: Fallen Order!

Next Post

Mari kita berkunjung setiap LOKASI di peta Battle Royale Call of Duty: Mobile! [BAHAGIAN 1]

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Mari kita berkunjung setiap LOKASI di peta Battle Royale Call of Duty: Mobile! [BAHAGIAN 1]

Mari kita berkunjung setiap LOKASI di peta Battle Royale Call of Duty: Mobile! [BAHAGIAN 1]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd