Okay seorang lagi yang kami tidak terlepas untuk menemuramah hari ini sebagai tetamu khas di Asia Comic Con 2019 ialah seorang penyanyi untuk lagu tema anime kegemaran ramai dari dulu hingga kini iaitu Jason Paige yang menyanyi lagu tema Pokémon! Sepanjang menemu ramah Paige, dia memang suka berseloroh dan sentiasa hyperactive sambil menjawab soalan-soalan yang dituju dalam nyanyian!
Seperti yang kita tahu Paige menyanyikan lagu tema Pokémon yang pertama dan hampir 20 tahun yang lalu, serta lagu Viridian City, Paige turut mengongsikan bahawa dia juga ada membuat lagu untuk Detective Pikachu yang liriknya hampir seirama dengan lagu tema asal Pokémon sehinggakan ianya boleh menjadi lagu duet!
Paige turut mengongsikan pada awal dia mendapat projek lagu tema Pokémon ketika bekerja dibawah syarikat yang diupah oleh pasukan Pokémon Jepun ketika itu. Paige telah menyediakan beberapa sample dan lirik disediakan syarikat tersebut, sehinggalah demo lagu Gotta Catch em’ All! telah diterima pihak Pokémon dan mereka membuat versi penuh lagu tersebut! Paling menarik ketika itu, lagu tema ini memasuki carta Billboard no 1 didunia untuk album kanak-kanak!
Dan kepada peminat yang masih suka kepada lagu ini dari dulu sehingga kini, Paige tersangatlah terharu dan mengangap kesemua peminat adalah yang paling berharga dari wang didunia! Semua orang yang kerap memainkan lagu ini tidak kira dimana, kesemua ini memberi impak yang besar kepadanya. Paige menyatakan dia seronok melihat orang gembira dengan hasilnya, terutama buat masa kini Paige sudah pun ada siaran Youtube nya sendiri Jason Paige, dan melihat komen orang dah cukup membuatnya gembira!
Paige turut menyatakan dia memang seorang yang minat Pokémon ibarat terkurung dalam Pokeball sehingga Pokémon Go hadir dan membuatkanya keluar dari Pokeball dan bergaul dengan ramai orang untuk bersama bermain permainan Pokémon Go! Paige menyatakan bahawa permainan ini merupakan hasil yang menarik untuk menyatukan kesemua peminat Pokémon!
Sebagai seorang yang menyanyikan lagu Pokémon sudah tentu kami bertanyakan Pokémon kegemaranya dan siapa sangka buat masa kini pilihanya merupakan Mr. Mime terutama selepas melihat wataknya yang tersangat;ah menarik dalam Detective Pikachu! Paige turut kongsikan dia pergi ke Pokémon Centre di Singapura untuk membeli barangan Mr. Mime tetapi kecewa kerana ianya kehabisan stok.
Sehingga kini Paige masih menjadi peminat Pokémon , walaupun tidak berapa pandai main permainan lain Pokémon kecuali Pokémon Go, Paige masih lagi melihat siri-siri lama Pokémon untuk mengisi masa lapa yang termasuk filem-filem Pokémon sempena ulangtahun ke-20.
Sebelum berakhirnya temuramah ini, Paige menyatakan bahawa apa yang dia cipta adalah untuk kesemua peminat dia dan Pokémon untuk merasa kegembiraan bersama! Yang paling penting Jason Paige memang seorang yang spontan!
Jom saksikan video temuramahnya disini;
Okay jangan lupa untuk saksikan temuramah Asia Comic Con 2019 di website kami okay!
@gamersantaimy
Discussion about this post