Makin hari makin terasa dengan kehangatan filem animasi yang dinantikan tahun ini bagi kesemua peminat setia anime Digimon Adventure Last Evolution Kizuna yang akan ditayangkan di Jepun pada 21 Februari 2020 ini dan akan ditayangkan di GSC Cinema Malaysia bermula pada 16 April 2020 ini. Selepas DigiNavi yang baru berakhir Jumaat lalu, dan pelbagai kemaskini mengenai permainan Digimon, artwork terbaru Digimon, Figurin dan pelbagai lagi yang dikongsikan, semalam terdapat lagi artwork terbaru Digimon telah dikongsikan!
Artwork hasil Akiyoshi Hongo yang merupakan media rasmi pembikin konsep dan watak segala didalam Digimon dari Toei Animation ini menampilkan kanak-kanak terpilih dunia Digimon bersama Digimon mereka. Kelihatan di artwork tersebut kesemua kanak-kanak terpilih yang telah pun dewasa bersama kerjaya masing-masing yang masih kekal bersama Digimon mereka.
Pengembaraan yang bermula pada tahun 1999 ini akan meneruskan pengembaraan terakhir mereka didalam filem sempena ulang tahun ke-20 Digimon ini. Adakah evolusi terakhir ini akan menamatkan segalanya dalam dunia Digimon?
Saat gembira watak pratagonis utama Taichi Kamiya dan Agumon yang juga abang kepada Kari/ Ikari. Taichi seorang yang berani dan suka dengan cabaran bakal menghadap sesuatu yang lebih teruk dari sebelum ini. Adakah akan menjadi sesuatu yang penuh kesedihan menanti didalam filem ini nanti?
Seorang lagi watak pratagonis utama Yamato Ishida yang juga merupakan abang kepada Takeru, sentiasa bersama harmonikanya dan sering keras kepala, baran dan sentiasa bergaduh dengan Taichi waktu dahulu. Kini Yamato akan bergabung semula bersama Digimonya Gabumon dan juga Taichi yang kini merupakan kawan baiknya, dan apa sebenarnya akan terjadi dalam gabungan evolusi hebat kali ini?
Cukup dengan dua watak pratagonis yang dikenali semua peminat Digimon, kini kita saksikan artwork selebihnya watak-watak pratagonis lain di dunia Digimon.
Sora Takenouchi & Piyomon merupakan pasangan yang sentiasa menjaga perhubungan setiap pasangan kanak-kanak terpilih yang lain.
Sangat berbeza dengan perangai abangnya Yamato, Takeru kini makin dewasa disamping Digimonya Patamon yang berubah menjadi Digimon yang hebat!
Adik Taichi yang kini makin meningkat dewasa, Hikari Yagami dan Tailmon kini menerusakan pengembaraan mereka bersama keluarga kanak-terpilih Digimon.
Serta watak-watak pratagonis selebihnya dari Digimon Adventure dan Digimon 02;
Koshiro Izumi & Tentomon
Mimi Tachikawa & Palmon
Joe Kido & Gomamon
Daisuke Motomiya & Veemon
Miyako Inoue & Hawkmon
Ken Ichijouji & Wormmon
Betul-betul menggamit memori melihat kesemua kanak-kanak terpilih yang kini telah dewasa. Apa yang akan terjadi sebenarnya dalam pengembaraan terakhir Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna ini? Nantikan kehadiranya tidak lama lagi!
@gamersantaimy
Discussion about this post