Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Artis VFX benci bekerja dengan Marvel, tak berbaloi walaupun gaji tinggi

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 12, 2022
in Animasi, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Filem, Industri, Khabar angin, Movie/siri
0 0
0
Artis VFX benci bekerja dengan Marvel, tak berbaloi walaupun gaji tinggi
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak kebelakangan ini, ramai artis VFX mula meluahkan kebencian mereka terhadap Marvel sehingga tahap enggan bekerjasama dengan syarikat tersebut.

Kes Marvel ini menjadi viral selepas beberapa artis berkongsi kisah mereka tentang “tarikh akhir yang tidak realistik” dan “stres daripada produk akhir yang tidak memuaskan”. Ramai juga meminta supaya tidak dimasukkan ke dalam projek Marvel lagi, dan menegaskan bahawa ia mempunyai “pengurusan VFX paling teruk di industri”.

Dakwaan ini telah dimuat naik pada subreddit r/VFX, di mana pelbagai artis dari seluruh industri berkongsi pengalaman negatif mereka dengan syarikat gergasi itu. Hampir tiada seorang pun dalam subreddit yang mempunyai kata-kata baik untuk Marvel. Sebaliknya, ramai yang pesan bahawa wang dan populariti tidak berbaloi kerana keadaan kerja yang teruk.

Dalam thread bertajuk “I am quite frankly sick and tired of working on Marvel shows“, @Independent-Ad419 meluahkan kekecewaannya terhadap studio itu.

“Marvel mungkin mempunyai metodologi produksi dan pengurusan VFX paling teruk di luar sana. Mereka tidak boleh membetulkan rupa rancangan sebelum lebih separuh masa yang diperuntukkan untuk persembahan itu tamat. Artis yang bekerja di rancangan Marvel pastinya tidak dibayar setara dengan jumlah kerja yang mereka lakukan.”

Thread itu sambung di mana @samvfx2015 balas:

Dalam Thor, mereka meminta adegan mini lengkap 2 atau 3 minggu sebelum tarikh akhir”.

Menurut @Mickeym00m00, dia pun mengalami perkara yang sama:

“Saya meminta untuk tidak menonton filem dan rancangan TV [Marvel]. Malangnya, mereka menjadi pelanggan terbesar kami. Mereka menjangkakan banyak pilihan [daripada kita] supaya boleh mengubah fikiran banyak kali.”

Bak kata @RANDVR pula:

“Saya dalam projek Marvel ketiga saya berturut-turut dan baru bangun 5:30 pagi tadi pada hari Sabtu dengan stres – ‘Saya tidak mahu buat ini lagi’. Sekarang pukul 6 pagi dan saya sedang membuat reel untuk memohon tempat yang mempunyai projek selain Marvel kerana saya tidak boleh melakukannya lagi.”

Raistlinuk bersetuju dan kata:

“Saya mengambil masa lebih enam bulan untuk pulih daripada crunch (kerja lebih masa) WandaVision. Ia tidak berbaloi. Tidak berbaloi apabila ada projek lebih baik yang rupanya sama cantik.”

Marvel kerap dipuji kerana kehebatan mereka dalam VFX dan CGI, tetapi memandang mereka sedang sibuk dengan macam-macam projek buat masa sekaran termasuk filem dan siri TV, saya faham kenapa ramai artis VFX amat penat.

Marvel masih belum membalas pada dakwaan ini, jadi saya akan tunggu respon rasmi mereka. Apa pendapat korang? Adakah korang percaya kata kata artis VFX ini atau adakah Marvel memang kejam? Jom kongsi pendapat di ruang komen!

Untuk segala liputan kami tentang game, anime dan teknologi, sila tekan pautan ini.

Tags: Artis VFXCGIfilemMarvel
Previous Post

“Kamehameha kurang ikonik” – Peminat One Piece bandingkan dengan skil Luffy

Next Post

Kingston IronKey Vault Privacy 80 kini dilancarkan! SSD external dilengkapi touchscreen

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Kingston IronKey Vault Privacy 80 kini dilancarkan! SSD external dilengkapi touchscreen

Kingston IronKey Vault Privacy 80 kini dilancarkan! SSD external dilengkapi touchscreen

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd