Dengan berbaki beberapa jam sahaja lagi, Kickstarter untuk Armed Fantasia dan Penny Blood akan tamat. Bersempena dengan itu, kami berpeluang untuk temu ramah bersama lead designer Armed Fantasia, Akifumi Kaneko. Tanpa membuang masa, jom lihat hasil temu ramah tersebut. Sebagai peringatan, hasil temu ramah ini telah diedit supaya mudah difahami.
Wild Arms dan Armed Fantasia mempunyai tetapan “westernpunk” yang unik. Apa yang membuatkan anda memilih tema itu?
Kami telah mengambil budaya pop Jepun seperti manga dan anime, lalu gabungkannya dengan Wild West. Tetapan seperti ini memberikan lebih kebebasan dengan apa yang saya boleh lakukan. Ianya menarik kerana ia seperti selari dengan dunia yang kami telah hasilkan.
Dalam Kickstarter ada nyatakan bahawa game ini mempunyai peta dunia RPG tradisional. Adakah ia mempunyai banyak eksplorasi? Adakah ia juga direka sebagai open world?
Armed Fantasia ialah JRPG yang didorong oleh cerita, bukannya game open world, di mana anda boleh pergi ke mana-mana yang anda mahukan atau di mana progress diserahkan kepada pemain. Kami juga ini penceritaan lebih dramatik, dengan dunia yang penuh rahsia besar.
Tetapi seperti yang anda boleh lihat dalam video promosi, kami mahu peta dunia menjadi sangat besar. Kami merancang untuk melletakkan side quest, dungeon dan sebagainya untuk pemain berseronok. Lebih banyak sokongan yang kami perolehi, lebih banyak penerokaan dan sebagainya yang boleh kami masukkan dalam game!
Boleh ceritakan sedikit tentang battle system dan bagaimana sistem “Order Chain” dan “Force Break” memberikan tempo yang pantas kepada pertempuran? Bagaimanakah ARM dalam Armed Fantasia berbeza daripada ARM dalam Wild Arms?
Pada terasnya, ia adalah sistem pertempuran turn-based command-style. Tetapi kami mahu ia bertempo tinggi. Apabila Order Chain diaktifkan, parti anda akan mendapat banyak serangan tanpa game diperlahankan malah memberikan banyak damage.
Force Break pula boleh diaktfikan semasa aksi musuh atau parti. Ia digunakan untuk mengelakkan diri daripada bahaya dan cara mudah untuk menghalang musuh aktifkan Order Chain. Tetapi anda perlu peka dengan perkara yang terjadi dalam game sebelum mengaktifkannya. Saya rasa ia mampu buatkan pertempuran menjadi lebih sengit berbanding siri Wild ARM.
Dalam Armed Fantasia, ARM bermaksud “Aether Reaction Maximizer” dan merupakan perkataan baharu untuk game tersebut. ARM boleh mempunyai maksimum 10+ kemahiran. Jadi dengan melengkapkannya, bukan sahaja anda menjadi lebih kuat, tetapi Role anda akan berubah. Menggunakan Gun ARM akan menjadikan watak lebih pantas. Staff ARM pula membolehkan watak gunakan elemental magic. Ini ialah Role Change System.
ARM hampir seperti watak lain dalam cerita kali ini. Mereka akan memainkan peranan yang besar dalam game, terutamanya pada klimaks. Saya harap anda akan menikmatinya.
Dengan Tomomi Sasaki sebagai pereka watak bersama-sama Michiko Naruke dan Noriyasu Agematsu sebagai komposer pastinya satu kejutan besar buat peminat. Bagaimana anda bergabung semula sebagai sebuah pasukan?
Agematsu-san ialah salah seorang bos di syarikat saya bekerja. Naruke-san pula telah berada dalam industri sebelum saya memulakan kerjaya saya. Sasaki-san bukan sahaja sekutu di tempat kerja, tetapi adalah kawan saya. Kami semua sangat rapat. Jadi sangat mudah untuk menghubungi mereka dan meminta mereka mengusahakan projek ini. Masalahnya kami perlu memadankan jadual kami.
Apabila projek bermula, saya ingin mendapatkan seramai mungkin kakitangan yang bekerja pada Wild ARM bersama-sama. 10+ tahun telah berlalu sejak keluaran terakhir dalam siri itu, jadi sesetengah daripada mereka bekerja di syarikat yang berbeza atau dalam industri yang berbeza sama sekali. Sesetengah daripada mereka berada sangat jauh sehingga saya tidak dapat menghubungi mereka.
Tetapi kakitangan yang saya dapat untuk projek ini semuanya membawa kenangan kakitangan yang tidak dapat mengambil bahagian kali ini bersama mereka.
Adakah sesuatu daripada Wild Arms yang anda ingin bawakan ke dalam Armed Fantasia?
Terdapat beberapa persamaan antara Wild Arms dan Armed Fantasia, seperti dunia perlahan-lahan bertukar menjadi hutan belantara. Tetapi itu sahaja semua perkara yang saya gunakan semula untuk Armed Fantasia. Tidak akan ada sambungan cerita Wild ARMs dalam game baru ini dan tidak akan ada watak kegemaran peminat daripada Wild ARMs yang kembali.
Saya pasti ada orang yang tidak akan gembira mengenainya. Game Armed Fantasi merupakan game JRPG baharu, jadi anda tidak perlu tahu mengenai Wild ARMs untuk bermainnya. Kami ingin mendapatkan seramai mungkin orang yang tidak pernah bermain mana-mana karya saya untuk bermain Armed Fantasia.
Selain Wild Arms, ada game lain yang dirujuk semasa proses pembangunan? Ada beberapa orang yang lihat sistem pertempurannya mengingatkan mereka pada siri Trails.
Jika dilihat, memang UI game kelihatan sama tetapi itu semua kebetulan. UI yang ada sekarang hanya untuk sementara. Armed Fantasia akan mempunyai UI original sendiri. Battle Lead kami juga berkata bahawa sistem game akan mempunyai sesuatu yang original. Jadi nantikan maklumat baru daripada kami nanti.
Kami cuba untuk mengikuti perkembangan game yang dikeluarkan baru-baru in. Kami ingin mencipta semula keseronokan daripada JRPG pada era 90-an. Tetapi kami tidak boleh mengekalkan gameplay atau kemudahan yang sama dari era itu. Kami melakukan yang terbaik untuk memberikan upgrade moden padanya. Kami berharap anda menantikannya!
Grafik yang ditunjukkan dalam video sangat berkualiti. Adakah hasil akhirnya akan mempunyai tahap kualiti grafik yang sama?
Terima kasih atas pujian pada video tersebut. Kakitangan kami yang berbakat telah berikan segala usaha mereka terhadapnya dan saya sangat berpuas hati dengannya. Sudah tentu anda boleh mengharapkan tahap kualiti yang sama daripada hasil akhir! Malah, kami akan melakukan yang terbaik untuk menjadikannya kelihatan lebih baik daripada itu!
Kickstarter dapat mencapai target awalnya dalam masa kurang dari sehari. Apakah perasaan apabila mengetahui anda dapat mencapai target dengan begitu cepat?
Malangnya, saya terlepas semasa target minimum dicapai. Tetapi saya sangat teruja dengan semua sokongan daripada orang di seluruh dunia. Jadi saya ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada anda semua.Walau bagaimanapun, kami hanya mencapai matlamat minimum dan melepasi beberapa matlamat regangan.
Jika kami tidak mendapat lebih banyak sokongan dan melengkapkan lebih banyak matlamat regangan, pembangunan akan dikurangkan kepada tahap minimum dari segi kualiti dan panjang game. Dan kami tidak akan dapat mengeluarkan Armed Fantasia ideal yang kami fikirkan.
Kami cuba mencipta game berkualiti tinggi, sama seperti apa yang anda lihat dalam video dan imej yang kami keluarkan setakat ini. Jadi saya sekali lagi ingin meminta sokongan anda. Tolong bantu kami membangunkan Armed Fantasi impian kami!
Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda hari ini. Harap-harap ada beberapa persoalan yang terjawab mengenai Armed Fantasia. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya, anda boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post