Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Arknights: Endfield Beri Ganjaran Operator 6-Star Percuma – Cara Tebus & Siapakah Yang Terbaik?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 5, 2026
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Open World, PC, PS5, RPG
0 0
0
Arknights: Endfield Beri Ganjaran Operator 6-Star Percuma – Cara Tebus & Siapakah Yang Terbaik?
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas kemas kini hari ini, Arknights: Endfield cukup pemurah hati untuk memberi Operator 6-star percuma kepada komuniti pemain. Kini tersedia di dalam game, “Designation Selection Permit” membolehkan kita memilih satu daripada lima Operator 6-star untuk diguna pakai.

Jadi bagaimana untuk tebus? Apakah watak paling META? Kami tolong jelaskan.

Arknights: Endfield Zeroth Directive: DEV Comm

Dear Endministrator:

Ever since the official release of Arknights: Endfield, Talos-II —— has welcomed numerous explorers and builders of boundless passion, intellect, and spirit of altruism. Together, Endministrators from across… pic.twitter.com/zimhHPactL

— Arknights: Endfield (@AKEndfield) February 4, 2026

Cara Mendapatkan Operator 6-Star

Berbeza dengan sesetengah ganjaran log masuk yang muncul sebaik sahaja kita membuka aplikasi, permit ini memerlukan sedikit kemajuan gameplay.

  • 1. Lengkapkan “Break the Siege”: Syarat utamanya adalah menyelesaikan Main Mission bertajuk Break the Siege. Ini merupakan bab utama pertama sejurus selepas prolog. Ia berfungsi sebagai pengenalan kepada mekanik combat dan base-building. Sebaik sahaja misi ini selesai, ganjaran akan diberikan secara automatik.
  • 2. Semak In-Game Mail: Setelah misi tersebut selesai, pergi ke peti surat. Anda akan menemui satu mesej yang mengandungi permit Operator 6-star tersebut.

Penting untuk tahu: Emel tersebut mempunyai tarikh luput pada 5 Februari 2027. Anda mempunyai tempoh satu tahun untuk menekan butang “Claim”. Bagaimanapun, sebaik sahaja permit masuk ke inventori anda, item itu sendiri tidak akan luput. Anda boleh menyimpannya selama mana yang anda mahu jika ingin menunggu kemas kini akan datang untuk melihat perubahan meta.

Setelah menebus permit tersebut daripada emel, anda tidak akan menemuinya di skrin recruitment biasa. Untuk menggunakannya:

  1. Buka menu Protosync.
  2. Pergi ke Valuables Stash.
  3. Pilih tab Valuables di bahagian paling kanan.
  4. Cari Designation Selection Permit, pilihnya, dan tekan “Use”.

Siapa Yang Boleh Anda Pilih?

Permit ini membolehkan anda memilih mana-mana satu Operator daripada banner Basic Headhunting standard. Unit 6-star yang tersedia termasuklah:

  • Ardelia
  • Ember
  • Pogranichnik
  • Lifeng
  • Last Rite

Memilih unit 6-star adalah satu keputusan besar, terutamanya pada fasa awal permainan di mana sumber adalah terhad tetapi kami mengesyorkan anda untuk memilih Last Rite.

Jika akaun anda kekurangan DPS, Last Rite adalah pilihan yang paling tepat. Dia kini merupakan salah satu Damage Dealer yang paling konsisten dalam game dan mampu mengharungi kebanyakan kandungan mid-to-late game.

🎁//Last Rite – Operator Showcase

"I am the … something of war, I guess?"

Follow us @AKEndfield and repost this post for a chance to win great rewards!

▼// Event Rewards
20$ gift card X10
Arknights: Endfield · Special Standee Set – Gacha Machine X10

▼// Event Period… pic.twitter.com/gFGTmQM1NX

— Arknights: Endfield (@AKEndfield) November 21, 2025

Jika sudah cukup bertuah mendapat unit DPS META lain seperti Laevatain atau Yvonne, anda tidak semestinya memerlukan Last Rite. Dalam situasi ini, lihat semula barisan Operator anda dan kenal pasti apa yang kurang.

Adakah anda memerlukan tank atau utility support? Pertimbangkan Ember atau Pogranichnik.

Arknights: Endfield sangat mementingkan sinergi pasukan dan interaksi elemen, jadi mempunyai pelbagai watak selalunya lebih baik daripada mempunyai dua watak yang melakukan tugas yang sama.

Tags: Arknights: Endfield
ShareTweetSend
Previous Post

Epic Games Akui Launcher Mereka “Teruk,” Janji ‘Overhaul’ Besar Pada 2026

Next Post

Selepas PC, Kini Giliran Pemain Konsol Untuk Cuba Demo Percuma ‘Pragmata!’

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Selepas PC, Kini Giliran Pemain Konsol Untuk Cuba Demo Percuma ‘Pragmata!’

Selepas PC, Kini Giliran Pemain Konsol Untuk Cuba Demo Percuma ‘Pragmata!’

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd