Apex Legends telah mengumumkan kolaborasi gergasi dengan francais Gundam yang akan bermula 10 Mac.
Acara ini mengubah map Broken Moon menjadi zon perang Gundam sepenuhnya. Pemain akan mendarat di medan perang yang dipenuhi dengan bangkai Mobile Suit, lengkap dengan patung Wing Gundam yang boleh dipanjat. Di langit pula, kapal-kapal angkasa bertarung sesama sendiri, membuatkan suasana lebih epik.
Senjata Baharu Mengubah Gameplay

Acara ini memperkenalkan dua senjata yang mampu mengubah gameplay dan memberikan pengalaman seperti memandu Mobile Suit. Buster Rifle, yang boleh ditemui dalam Care Package di seluruh peta, melontarkan pemain ke udara untuk pandangan yang lebih luas.
Setelah di udara, anda boleh mengimbas melalui dinding untuk mengesan musuh dan menembak pancaran laser yang menembusi perlindungan dan meletup apabila terkena sasaran.
Bit Staves pula menawarkan pendekatan taktikal berbeza. Senjata ini boleh digunakan sebagai perisai untuk menyerap damage semasa anda mara ke hadapan, atau ditukar kepada mod Drone Command untuk meronda kawasan, mengimbas pencerobohan, dan menyerang sesiapa yang menghampiri.
Wild Card Membawa Kebolehan Gundam

Kolaborasi ini memperkenalkan beberapa kebolehan Wild Card baharu yang diilhamkan oleh Mobile Suit ikonik:
- Epyon’s Lash memberikan tarikan melee bermagnet yang menarik musuh lebih dekat.
- Heavyarms Salvo memanggil serangan peluru berpandu dari atas selepas anda berjaya mendarat cukup banyak tembakan ke atas lawan.
- Zero Sacrifice menukar kekalahan menjadi peluang. Apabila tumbang, anda meletupkan diri yang boleh bunuh musuh berdekatan sekali.
- Zero Rebirth mungkin penambahan paling menarik. Apabila jatuh, anda akan memasuki Void dan bukannya terus rebah. Dari situ, anda boleh mengatur semula kedudukan dan keluar dengan 1 HP, tempoh singkat invulnerability serta tambah semula nyawa untuk kembali bertarung.
Kosmetik dan Koleksi Dunia Sebenar

Pemain boleh memperoleh Legendary skin dan kosmetik bertema Gundam dengan mengumpulkan Medal semasa acara dan menukarnya di Reward Shop. Bagi peminat tegar, Bandai Namco akan mengeluarkan tiga kit model Gunpla edisi terhad:
- RG 1/144 Freedom Gundam dalam skema warna Crypto
- RG 1/144 Wing Gundam Zero EW bergaya Valkyrie
- RG 1/144 Gundam Epyon menampilkan reka bentuk Alter
Kit crossover ini akan dibuka untuk pra-tempahan pada 18 Mac.

Acara Apex Legends x Gundam bermula 10 Mac di semua platform yang menyokong Apex Legends, termasuk PlayStation 4 dan 5, Xbox One dan Series X|S, Nintendo Switch dan Switch 2, serta PC melalui EA App, Epic Games Store, dan Steam.









Discussion about this post