Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

eFootball Kick-Off Untuk Switch 2 Akan Datang Jun 2026! Satu Pemain Beli, Empat Orang Boleh Main!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 5, 2026
in Artikel, Berita, Nintendo Switch 2, Sukan/lumba
0 0
0
eFootball Kick-Off Untuk Switch 2 Akan Datang Jun 2026! Satu Pemain Beli, Empat Orang Boleh Main!
Share on FacebookShare on Twitter

Konami secara rasmi mengumumkan bahawa eFootball Kick-Off! akan dilancarkan secara digital di seluruh dunia pada 3 Jun untuk Nintendo Switch 2.

🎉 eFootball™ Kick-Off! Release Date Announced 🎉

📅 On Sale 3 June 15:00 (UTC)!

Experience the excitement of every goal – solo or with anyone!
Begin your football journey with eFootball™ Kick-Off!

The official website is now open with a fresh new look!

Check out all the… pic.twitter.com/W1OgFPnBWi

— eFootball (@play_eFootball) March 4, 2026

Daripada sekadar memindahkan game eFootball sedia ada dari PlayStation, Xbox dan PC, Konami mengambil pendekatan yang direka khas dengan Kick-Off! Game ini dibina sebagai pengalaman standalone khusus untuk Switch 2, dengan tumpuan kepada kemudahan akses dan local multiplayer.

eFootball Kick-Off! akan hadir dengan beberapa mod ketika pelancaran:

  • World Tour: Berfungsi sebagai pengalaman single-player utama, membolehkan pemain membina pasukan impian sendiri dan bertanding dalam kejohanan di seluruh dunia.
  • Quick Match: Pilih pasukan kebangsaan sebenar atau kelab berlesen, kemudian terus terjun ke dalam perlawanan.
  • International Cup: Tidak akan tersedia ketika pelancaran. Konami menyatakan ia akan tiba melalui kemas kini pasca pelancaran secara percuma, membolehkan pemain memilih pasukan kebangsaan kegemaran mereka dan mengejar mahkota dunia. Tarikh tepat dan skop mod ini masih belum didedahkan secara terperinci.

Versi ini memperkenalkan beberapa ciri yang ditujukan kepada pemain yang mungkin tidak pernah menyentuh permainan bola sepak sebelum ini:

  • Six-a-Side Football mengecilkan padang dan jumlah pemain, menghasilkan perlawanan yang lebih pantas dan dipenuhi lebih banyak gol.
  • On-Pitch Dialogue memberikan nasihat masa nyata kepada pemain semasa perlawanan berlangsung.
  • Easy Controls memperkenalkan mekanik slow-motion apabila tiba masa untuk menyepak, memberikan pemain yang kurang berpengalaman peluang lebih baik untuk menjaringkan gol.
  • Rank-Based System direka untuk membolehkan pemain mempelajari kemahiran yang diperlukan secara beransur-ansur melalui perkembangan semula jadi.

eFootball Kick-Off! menyokong mod solo dan multiplayer, dan Konami jelas memanfaatkan semangat sosial serta couch co-op yang menjadi sinonim dengan konsol Nintendo.

Game ini turut menyokong GameShare, satu ciri local play yang membenarkan sehingga tiga pemain tambahan menyertai game walaupun hanya seorang sahaja yang memiliki game tersebut.

Tags: eFootball Kick-Off
ShareTweetSend
Previous Post

Sony Tidak Lagi Bawa Game Single-Player Besar Ke PC, Kembalikan Hak Eksklusif Ke PS5 Sahaja!

Next Post

Apex Legends Membawa Gundam Ke Medan Perang – Kolaborasi Bermula 10 Mac!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati
Fakta & Trivia

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati

July 17, 2026
GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran
Berita

GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran

July 17, 2026
Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit
Mobile

Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit

July 17, 2026
Next Post
Apex Legends Membawa Gundam Ke Medan Perang – Kolaborasi Bermula 10 Mac!

Apex Legends Membawa Gundam Ke Medan Perang - Kolaborasi Bermula 10 Mac!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd