Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime Tokyo Revengers Akan Kembali Dengan Musim Terbaru! Akan Adaptasi Tenjiku Arc!

Maira by Maira
April 4, 2023 - Updated on April 6, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Anime Tokyo Revengers Akan Kembali Dengan Musim Terbaru! Akan Adaptasi Tenjiku Arc!
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan berakhirnya musim kedua untuk siri anime Tokyo Revengers, kita telah didedahkan dengan musim terbaru pula!

Melalui Twitter rasmi anime Tokyo Revengers, siri anime tersebut akan mendapat musim terbaru yang akan mengadaptasi “Tenjiku Arc”. Bukan setakat itu sahaja, visual serta teaser turut didedahkan. LIDENFILMS sekali lagi akan bertanggungjawab untuk penghasilan animasinya. Buat sementara ini, tiada tarikh rasmi yang diumumkan.

Untuk arc baharu ini, kita akan diperkenalkan dengan satu geng misteri daripada Yokohama yang dikenali sebagai Tenjiku. Berikut adalah pelakon suara baharu siri yang telah didedahkan:

  • Izana Kurokawa: Nobunaga Shimazaki
  • Kanji Mochizuki: Tetsu Inada

Tentang Tokyo Revengers

Ia merupakan siri manga yang dihasilkan oleh Ken Wakui dan diterbitkan melalui Weekly Shonen Magazine pada 2017. Manga tersebut akhirnya tamat pada November yang lalu dan menerima pelbagai reaksi daripada peminat. Selain itu, manga ini juga telah mendapat adaptasi filem live action pada 2021 dan filem keduanya akan hadir ke pawagam Jepun pada Jun ini. Siri anime musim pertama telah dilepaskan pada 2021 dan ia telah mendapat perhatian ramai peminat anime.

anime Tokyo revengers

Berikut adalah sinopsis untuk siri:

Selepas menonton berita, Hanagaki Takemichi mendapat tahu bahawa bekas teman wanita sekolah rendahnya, Tachibana Hinata, telah meninggal dunia. Disebabkan itu, dia secara tiba-tiba kembali 12 tahun ke masa lalu untuk menghadapi Toyo Manji Gang yang pernah merosakkan kehidupannya dan punca keatas kematian Hinata.

Untuk menyelamatkan Hinata, dia harus mengalahkan ketua geng delinkuen Kanto yang paling kuat. Tetapi ia tidak seperti apa yang dia sangkakan selepas berkawan dengan ketua kumpulan tersebut, Mikey. Apa yang akan terjadi pada Takemichi? Bolehkah dia mengubah masa depan dan menyelamatkan teman wanitanya?

anime Tokyo revengers

Apa pendapat anda mengenai keseluruhan adaptasi anime untuk Christmas Showdown Arc? Boleh kongsikan kepada kami melalui ruangan komen. Untuk mendapatkan segala liputan mengenai Tokyo Revengers daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: Tokyo RevengersTokyo Revengers S3Tokyo Revengers Season 3
ShareTweetSend
Previous Post

Solo Leveling Dapat Spin-off rasmi! Akan Fokus Pada Anak Sung Jin Woo

Next Post

Shrek 5 Dalam Pembangunan, Cuba Untuk Bawa Semula Pelakon Asal!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Shrek 5 Dalam Pembangunan, Cuba Untuk Bawa Semula Pelakon Asal!

Shrek 5 Dalam Pembangunan, Cuba Untuk Bawa Semula Pelakon Asal!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd