Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime One Piece berehat selama 2 minggu, akan kembali 19 Mac

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 21, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Anime One Piece berehat selama 2 minggu, akan kembali 19 Mac
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan tayangan episod 1052, anime One Piece benar-benar trending di seluruh dunia! Ketika manga menceritakan kisah Vegapunk, versi anime pula memfokuskan pada kemuncak saga Wano yang penuh dengan animasi hebat. Malangnya, anime One Piece akan hadapi masalah jadual yang memaksa anime untuk berehat buat masa 2 minggu bermula minggu depan.

https://twitter.com/OP_SPOILERS2023/status/1627132277808590852

Maklumat ini datang daripada isu terbaharu Weekly Shonen Jump (melalui @OP_SPOILERS2023) di mana One Piece menyampaikan info jadual baharu. Rupanya, One Piece terpaksa berehat bermula 27 Februari dan akan kembali pada 19 Mac kerana gangguan slot masa. Jadi korang semua tidak perlu risau kerana anime One Piece masih akan ditayangkan seperti biasa pada minggu ini.

Berikut adalah jadual ringkas:

  • Jadual anime
    • 26 Februari – One Piece episod 1053
    • 5 Mac – Rehat
    • 12 Mac – Rehat
    • 19 Mac – One Piece episod 1054

Jadi apa yang sebenarnya terjadi? Rupanya, Jepun sedang menganjurkan acara maraton kebangsaan termasuk ‘Tokyo Marathon 2023’, yang akan disiarkan di seluruh Jepun. Secara kebetulan, acara ini ditayangkan pada waktu anime One Piece, jadi Toei Animation tidak dapat menunjukkan episod baharu mengikut jadual.

Mungkin ramai peminat yang akan kecewa, tetapi korang tidak perlu menunggu terlalu lama. Pada masa yang sama, ini memberi pasukan produksi lebih banyak masa untuk menambah baik animasi dan visual memandangkan anime sudah semakin hampir ke klimaks ‘Wano arc’! Jadi bersabarlah wahai kawan-kawan sekalian.

Recap One Piece episod 1052

Momonosuke dan Yamato cuba untuk mengangkat pulau Onigashima yang bakal merempuh kota Wano (pulau Onigashima terapung di langit tetapi dijatuhkan oleh Kaido) tetapi sedar ia mustahil melainkan jika Momonosuke dapat mencipta awannya sendiri untuk menyokong pulau tersebut.

Di bahagian lain, dua pertarungan sedang berlaku serentak; Sanji vs. Queen dan Zoro vs. King di mana kuasa masing-masing ditunjukkan. Dengan nyawa penduduk pulau dalam bahaya, kita belum tahu siapa yang akhirnya akan muncul sebagai pemenang dalam pertempuran epik ini.


Untuk membaca segala liputan kami tentang francais One Piece termasuk spoiler dan fakta menarik, sila tekan pautan ini.

Tags: animemangaone piece
Previous Post

Steam Mystery Fest kini bermula! Dapatkan game kegemaran dengan diskaun kaw-kaw!

Next Post

Chainsaw Man: Senarai kematian yang sangat tragik dalam siri buat masa ini! [Spoiler]

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Chainsaw Man: Senarai kematian yang sangat tragik dalam siri buat masa ini! [Spoiler]

Chainsaw Man: Senarai kematian yang sangat tragik dalam siri buat masa ini! [Spoiler]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd