Baru-baru ini, Level Infinite mengumumkan bahawa game mobile sci-fi RPG shooter popular ‘Goddess Of Victory: Nikke‘ akan menampilkan acara crossover masa terhad dengan siri anime klasik kegemaran ramai, ‘Evangelion‘.
Kolaborasi ini akan berlangsung untuk masa yang terhad bermula 22 Ogos dan menampilkan watak, pakaian dan karya seni daripada Evangelion dalam story event serba baharu di dalam Nikke. Sempena itu, pembangun Shift Up turut memuat naik teaser awal untuk kolaborasi tersebut:
Dalam kolaborasi istimewa ini, watak Evangelion yang popular seperti Asuka, Rei, Mari dan Misato akan ditampilkan dalam dunia Goddess Of Victory: Nikke. Watak-watak baharu ini juga mempunyai senjata dan set kemahiran khas yang membezakan cara-cara setiap seorang dimainkan secara unik.
Setakat sekarang, itu sahaja info yang dilaporkan, tetapi melalui update ini, pemain akhirnya dapat menikmati kandungan eksklusif yang menggabungkan Evangelion ke dalam dunia NIKKE.
【Collaboration Starting Soon】
— GODDESS OF VICTORY: NIKKE (@NIKKE_en) August 13, 2024
「GODDESS OF VICTORY: NIKKE」×「EVANGELION」 collaboration begins officially on 8/22! 🎉
The Ark Defense Battle, initiate!
YOU CAN (NOT) EVADE.#NIKKE#NIKKExEVA#TheArkDefenseBattleInitiate pic.twitter.com/XzMiVbxYWc
Bagi mereka yang tidak tahu, Goddess Of Victory: Nikke berlatarkan masa depan pasca-apokalips di mana Bumi ditawan oleh makhluk asing mekanikal, yang dipanggil Rapture. Manusia yang terselamat melarikan diri ke bawah tanah dan menghasilkan tentera buatan yang dipanggil Nikkes.
Kisah ini mengikuti seorang Commander dan skuad Nikke-nya yang ditugaskan untuk mendapatkan semula Bumi.
Percuma untuk dimainkan dan menampilkan sistem gacha, gameplay sistem pertempuran menumpukan pada penukaran watak pantas sambil menembak musuh di posisi statik dalam persekitaran gaya anime.
Apa yang membuatkan game ini popular adalah kehadiran para Nikke yang terdiri daripada gadis-gadis cantik, comel dan seksi, yang boleh diperoleh oleh pemain secara percuma melalui naratif dan acara; atau secara gacha.
Tersedia untuk PC, iOS dan Android, anda boleh memuat turun game ini sekarang. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post