Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime Isekai Pelik “Reborn as a Vending Machine” Akan Tayang Pada Julai Ini!

Maira by Maira
March 8, 2023 - Updated on September 21, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Anime Isekai Pelik “Reborn as a Vending Machine” Akan Tayang Pada Julai Ini!
0
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Daripada novel ringan, kini hadir dalam bentuk anime pula. Siri isekai pelik “Reborn as a Vending Machine, I Now Wander the Dungeon” atau “Jihanki” secara rasmi mendapat adaptasi anime. Bukan setakat itu sahaja, jadual tayangan dan trailer juga telah didedahkan!

Protagonis kita yang telah menjadi vending machine, Boxxo akan disuarakan oleh Jun Fukuyama manakala heroin Lammis pula disuarakan oleh Kaede Hondo. Studio yang akan menghasilkan anime ini ialah Studio Gokumi bersama AXsiZ.

Untuk pengetahuan anda, anime Reborn as a Vending Machine merupakan adaptasi daripada novel ringan yang ditulis oleh Hirukuma dan ilustrasinya dihasilkan oleh Itsuwa Katou. Siri ini juga telah mendapat adaptasi manga oleh Kunieda dan Hagure Yuuki. Kalau anda ingin membacanya, terjemahan bahasa Inggeris telah diterbitkan secara rasmi oleh Yen Press.

Anime Vending Machine

Berikut adalah sinopsis untuk siri ini:

Ia mengisahkan seorang fanatik mesin vending yang menemui ajalnya kerana dihempap oleh sebuah mesin vending. Dia kecewa setelah mendapati dia telah dilahirkan semula sebagai mesin vending di dunia lain. Setelah dia berjaya keluar dari sebuah hutan yang dihuni oleh orang jelmaan katak dan raksasa lain, berbekalkan dengan hanya dua produk, Boxxo, memerlukan syiling untuk kekal hidup, menyimpan stoknya dan upgrade dengan kemahiran baru.

Dia bernasib baik setelah diselamatkan oleh seorang wanita muda yang cepat menyedari bahawa mesin vending itu mempunyai perasaan, lalu membawa Boxxo ke tempat tinggal manusia. Selepas itu, muncul mesin aneh secara beransur-ansur memberi kesan di dunia sekitarnya. Boxxo menubuhkan partinya di sepanjang perjalanan walaupun dia tidak mampu bercakap atau bergerak dan hanya berkomunikasi menggunakan perkataan yang telah dirakam pada mesin vending itu.

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai anime daripada kami, boleh klik pautan ini.


Tags: JihankiReborn as a Vending Machine
Previous Post

Xbox Game Pass bawa Guilty Gear -Strive- & banyak lagi untuk bulan Mac ini!

Next Post

Sebesar 25,000 kaki persegi, One Piece Asia Tour menampilkan 21 zon unik! Tiket tersedia sekarang!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Sebesar 25,000 kaki persegi, One Piece Asia Tour menampilkan 21 zon unik! Tiket tersedia sekarang!

Sebesar 25,000 kaki persegi, One Piece Asia Tour menampilkan 21 zon unik! Tiket tersedia sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd