Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime Hell’s Paradise: Jigokuraku diumumkan, pasangan ninja & samurai harus cari posyen “hidup abadi”

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 19, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Anime Hell’s Paradise: Jigokuraku diumumkan, pasangan ninja & samurai harus cari posyen “hidup abadi”
Share on FacebookShare on Twitter

Asalnya diumumkan pada awal bulan Januari, poster dan PV teaser selama 80 saat untuk adaptasi anime bagi manga fantasi aksi Hell’s Paradise: Jigokuraku oleh Yuji Kaku akhirnya didedahkan di acara Jump Festa 2022 hari ini. Malangnya, tiada kata rasmi tentang tarikh tayangan atau pelakon suara. Buat masa ini, tonton dulu teaser-nya:

Teaser PV
Image
Poster visual

Kakitangan utama untuk anime Hell’s Paradise telah diumumkan seperti berikut:

  • Pengarah: Kaori Makita
  • Komposisi Siri: Kazuaki Kaneda
  • Reka Bentuk Watak: Akitsugu Hisaki
  • Muzik: Yoshiaki Dewa
  • Produksi: MAPPA
  • Perancangan: Twin Engine
  • Kerjasama Cerita Asal: Shonen Jump + Jabatan Editorial

Hell’s Paradise: Jigokuraku merupakan karya bersiri kedua oleh Yuji Kaku dan disiarkan pada aplikasi manga Shueisha Jump+ sejak Januari 2018 di mana bab terakhirnya telah menamatkan siri pada 25 Januari 2021. Sebanyak 13 jilid tankobon telah diterbitkan di Jepun. Di bawah adalah sinopsis ringkas:

Gabimaru the Hollow, seorang ninja dari kampung Iwagakure yang terkenal dengan sikapnya yang dingin dan tidak berperasaan, telah dikhianati oleh rakannya dan kini dihukum mati. Penat dengan membunuh dan pengkhianatan, dia mahu mati. Walau bagaimanapun, tiada hukuman yang berkesan kerana Gabimaru sebenarnya mempunyai sebab untuk hidup. Dia mahu kembali kepada isterinya, yang juga adalah sebab mengapa dia berlembut dan gagal menjadi pembunuh upahan yang berkesan. Oleh itu, dia enggan mati.

Asaemon the Decapitator, seorang pelebaya terkenal, mempunyai cadangan untuk Gabimaru dan mahu dia menyertai ekspedisi ke sebuah pulau di selatan Jepun untuk mencari posyen hidup abadi sebagai pertukaran untuk pengampunan penuh oleh kerajaan Shogun. Walau bagaimanapun, pulau ini bukan normal dan dipercayai adalah sejenis “Syurga.”

Penuh dengan misteri, pasukan peneroka—yang terdiri daripada mereka yang bakal dihukum mati dan pelebaya masing-masing—mungkin tidak bersedia sepenuhnya untuk melihat apa yang ada di atas pulau tersebut.

Sumber – Twitter

Tags: animeHell’s Paradise: JigokurakuJump Festa
Previous Post

Dr. Stone Season 3 akan datang pada 2023! Anime special juga akan dilepaskan 2022!

Next Post

Trailer rasmi My Hero Academia Season 6 didedahkan! Akan datang 2022!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Trailer rasmi My Hero Academia Season 6 didedahkan! Akan datang 2022!

Trailer rasmi My Hero Academia Season 6 didedahkan! Akan datang 2022!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd