Pada zaman sekarang, tidak mengejutkan untuk melihat game dengan nama besar untuk mendapat adaptasi ke media lain seperti siri TV mahupun anime. Kini, satu lagi kolaborasi menarik telah muncul iaitu adaptasi anime Garena Free Fire yang baru sahaja diumumkan secara rasmi.

Garena secara rasminya mengumumkan adaptasi anime untuk game Free Fire. Adaptasi ini akan dijalankan dengan bantuan Kadokawa, di mana salah satu anak syarikat Kadokawa iaitu Kadokawa Qingyu akan mengendalikan produksi anime.

Buat masa ini, tiada maklumat didedahkan tentang jalan cerita atau bila anime ini akan dikeluarkan tetapi anime ini dirancang untuk disiarkan dan distrim ke seluruh dunia.
Selama beberapa tahun, Free Fire boleh dikatakan antara game paling popular di mobile dan sering bekerjasama dengan pelbagai anime terkenal seperti Attack on Titan, One Punch Man dan banyak francais lain. Tidak hairanlah akhirnya mereka akan menghasilkan anime sendiri.
Pada masa yang sama, Kadokawa adalah nama yang besar dalam industri anime, manga, dan novel – jadi penglibatan mereka agak mengejutkan sebagai produksi utama.

Untuk baca segala berita kami tentang Free Fire, sila tekan SINI.
Sumber: prtimes.jp
@gamersantaimy
Discussion about this post