Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime finale Bleach akan jawab banyak persoalan besar termasuk ‘plot hole’ jalan cerita

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 28, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Anime finale Bleach akan jawab banyak persoalan besar termasuk ‘plot hole’ jalan cerita
Share on FacebookShare on Twitter

Mungkin ramai yang tidak tahu, tetapi Bleach akan membuat comeback pada tahun ini selepas bertahun-tahun mendiamkan diri. Bakal keluar pada bulan Oktober ini, pencipta Tite Kubo dan pasukan akan meneruskan kisah Kurosaki Ichigo di dalam anime finale Bleach, termasuk menjawab beberapa persoalan besar dan ‘plot hole’ (perkara tidak konsisten dengan logik jalan cerita) yang tidak pernah dijelaskan oleh manga.

Melalui laman blog peribadi Tite Kubo, beberapa peminat telah bertanya soalan tentang adaptasi anime Thousand-Year Blood War arc. Walaupun tidak dapat menjawab secara spesifik, Kubo memberitahu bahawa ia akan dijawab dalam anime. Bukan itu sahaja, jika peminat beruntung – kita juga dapat melihat bagaimana Ichigo dan Orihime menjadi semakin rapat sehingga berkahwin pada masa akan datang (dalam versi anime).

Beberapa soalan ini diterjemahkan melalui reddit oleh u/Power_Metal_Neo. Berikut antara soalan paling menarik yang ditanya:

S: Adakah sebab mengapa Uryu tidak dipengaruhi oleh Auswählen berkaitan dengan datuknya?

Kubo: Perkembangan di sebalik titik plot ini agak rumit, tetapi ada kemungkinan ia mungkin didedahkan dalam versi anime Thousand Year Blood War arc. (Bergantung pada cara mereka mendekatinya)

S: Kita tahu bahawa Thousand Year Blood War arc akan dianimasikan, tetapi bagaimana pula dengan novel? Saya ingin melihat versi animasi novel “WE DO knot ALWAYS LOVE YOU”, terutamanya adegan seperti perkahwinan Rukia dan Renji, serta bagaimana hubungan Ichigo dan Orihime berkembang.

Kubo: Oh, saya faham. Jika ada bahan mencukupi, saya rasa ia boleh dilakukan.

S: Bolehkah anda beritahu kami siapa yang kelar Rukia dari belakang semasa pencerobohan Quincy pertama oleh Sternritters?

Kubo: Ia akan didedahkan dalam versi anime.

Seperti yang korang lihat daripada soalan, ramai peminat Bleach tidak sabar untuk melihat anime finale akan berlaku.

Walaupun banyak perkara akan berlaku dalam saga Thousand-Year Blood War, tetapi beberapa maklumat penting masih tidak dijelaskan. Latar belakang bagi beberapa watak penting sehingga hari ini tidak dijelaskan dengan penuh walaupun siri Bleach sudah tamat bertahun-tahun lalu.

Tetapi jika produksi anime finale berjalan lancar, kita mungkin akan tahu lebih lagi tentang watak kegemaran serta menjawab persoalan tentang peristiwa-peristiwa penting.

Bagi mereka yang sudah lama tinggalkan Bleach, masih ada banyak masa untuk korang tonton balik episod lama supaya dapat siapkan diri sebelum tayangan anime finale siri asal sebelum siri baharunya dikeluarkan pada bulan Oktober 2022. Berikut adalah sinopsis jalan cerita:

Bleach mengisahkan tentang Kurosaki Ichigo, seorang pelajar sekolah menengah yang berkebolehan melihat hantu, selepas dia memperoleh kuasa shinigami (“dewa maut”) daripada seorang lagi shinigami lain bernama Kuchiki Rukia. Kuasa baru ini memaksa dia untuk memikul tugas melindungi manusia daripada roh jahat dan membimbing roh yang telah pergi ke alam akhirat.

Apa pendapat korang? Adakah anime finale Bleach akan mengadaptasikan content yang tidak ada dalam manga? Jom kongsi pendapat korang di ruang komen!

Untuk segala liputan kami tentang Bleach, sila tekan pautan ini.

Tags: animebleachmanga
Previous Post

UNIQLO mengumumkan koleksi UT One Piece FILM: RED, bakal tiba di Malaysia

Next Post

Cara-cara topup Steam Wallet dengan menggunakan aplikasi bank, SEAGM dan banyak lagi

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama
Senarai

Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama

July 21, 2026
Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu
Beta

Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu

July 21, 2026
Next Post
Cara-cara topup Steam Wallet dengan menggunakan aplikasi bank, SEAGM dan banyak lagi

Cara-cara topup Steam Wallet dengan menggunakan aplikasi bank, SEAGM dan banyak lagi

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd