Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime Boruto Mungkin Bersambung pada 2027- 2028, Mungkin Dikeluarkan Secara Bermusim [Khabar Angin]

Maira by Maira
February 19, 2024
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Khabar angin
0 0
0
Anime Boruto Mungkin Bersambung pada 2027- 2028, Mungkin Dikeluarkan Secara Bermusim [Khabar Angin]

Sumber: Pierrot

Share on FacebookShare on Twitter

Sejak tamat tayangan Boruto pada bulan Mac tahun lalu, sudah tentu peminat setia anime ini tidak sabar untuk menonton sambungannya lebih-lebih lagi dengan penamatnya yang sememangnya mantap! Melihat bagaimana siri manga Boruto: Two Blue Vortex bermula, lebih teruja peminat untuk melihat time-skip siri tersebut. Tetapi ada berita yang kurang senang dilaporkan pada minggu ini. Dikhabarkan bahawa siri anime Boruto tidak akan kembali dalam masa terdekat.

Sumber: Pierrot

Perkara ini telah didedahkan oleh seorang pengguna X/ Twitter yang melaporkan bahawa siri anime Boruto telah ditunda ke 2027-2028. Menurutnya lagi, siri anime tersebut boleh sahaja ditayangkan lebih awal, tetapi kualitinya mungkin tidak begitu baik.

Berita ini dilaporkan beberapa hari setelah satu temu ramah baharu bersama pengurus urusan Studio Pierrot, Kiero Itsumi yang mendedahkan rancangan studio itu untuk masa depan. Dalam temu ramah tersebut, didedahkan bahawa studio animasi itu berhajat untuk memberi tumpuan dalam menghasilkan anime yang berkualiti tinggi malah mengacah bahawa mereka mungkin bertukar kepada keluaran siri anime secara bermusim.

Sumber: Pierrot

Buat masa ini, dilaporkan bahawa Studio Pierrot kini fokus sepenuhnya pada siri Bleach: Thousand-Year Blood War yang masih mempunyai dua lagi bahagian. Bahagian ketiga “The Conflict” dijadualkan untuk tayangan pada tahun ini dan ada kemungkinan besar juga bahagian akhir bakal tayang pada 2025. Empat episod khas Naruto juga masih ditunda sehingga sekarang. Harap-harap kita dapat menontonnya nanti.

Melihat Studio Pierrot hanya terlibat untuk tiga siri sahaja buat masa ini, dengan setiap siri ditayangkan dengan kualiti yang baik dalam episod-episod baharu. Sejujurnya kami rasa kalau berita ini betul, agak baik juga kerana penonton dapat melihat kualiti anime Boruto yang jauh lebih baik malah dapat mengadaptasi sumber asal dengan bagus tanpa filler yang panjang.

Sumber: Pierrot

Apa pendapat anda tentang khabar angin ini? Boleh kongsikan pendapat anda di ruang komen! Untuk mendapatkan segala berita mengenai Boruto daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: BorutoBoruto: Naruto Next Generations
ShareTweetSend
Previous Post

Toyota Hadir Dengan Siri Anime?! Alami Perlumbaan Sengit dalam GRIP!

Next Post

Terkejut Dengan Sambutan Peminat, Ingin Kagurabachi Mendapat Anime — Kata Editor Manga

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Terkejut Dengan Sambutan Peminat, Ingin Kagurabachi Mendapat Anime — Kata Editor Manga

Terkejut Dengan Sambutan Peminat, Ingin Kagurabachi Mendapat Anime -- Kata Editor Manga

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd