Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime Blue Lock kini trending — Cari penyerang bola sepak terbaik melalui survival game!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 11, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Anime Blue Lock kini trending — Cari penyerang bola sepak terbaik melalui survival game!
Share on FacebookShare on Twitter

Anime Blue Lock akhirnya membuat debut dengan tayangan episod pertama dan mendapat sambutan sangat meriah di seluruh dunia daripada yang disangka.

Berdasarkan manga dengan nama yang sama oleh Muneyuki Kaneshiro dan Yusuke Nomura, Blue Lock sebenarnya sangat popular di kalangan peminat sukan kerana mengubah formula yang selalu dilihat di dalam kisah bola sepak biasa. Kerana itu, tidak heranlah ramai yang teruja untuk menonton versi anime.

Menurut sinopsis:

“Kisahnya bermula dengan penyingkiran Jepun daripada Piala Dunia FIFA 2018, yang mendorong Persatuan Bola Sepak Jepun untuk memulakan program bagi mencari pemain sekolah menengah yang akan memulakan latihan sebagai persiapan untuk Piala 2022.

Isagi Youichi, seorang penyerang, menerima jemputan untuk program ini sejurus selepas pasukannya gagal mara ke peringat Nationals kerana dia menghantar bola kepada rakan sepasukannya yang kurang mahir —yang sepakannya tersasar—tanpa cuba membuat gol untuk mengubah nasib perlawanan.

Jurulatih mereka ialah Ego Jinpachi, yang berhasrat untuk “memusnahkan bola sepak Jepun” dengan memperkenalkan rejimen latihan radikal iaitu: mengasingkan 300 penyerang muda dalam institusi ala penjara bernama “Blue Lock” dan mewajibkan mereka melalui latihan ketat untuk mencipta “penyerang egois terhebat di dunia.”

Seperti yang korang baca di sinopsis atas, daripada memfokuskan pada kerja berpasukan, persahabatan indah, perlawanan yang adil antara pasukan dan sebagainya, Blue Lock mengambil pendekatan lain di mana setiap watak harus bertarung sesama sendiri sehingga masing-masing disingkirkan ala-ala Squid Game.

Walaupun ada peluang untuk mewakili Jepun, taruhannya tinggi. Siapa yang kalah akan ditendang keluar daripada Blue Lock dan tidak boleh bermain untuk pasukan kebangsaan Jepun lagi. Jadi bayangkanlah kesungguhan masing-masing.

Kerana itu, sama seperti “survival game” lain, pemain dibenarkan untuk menyakiti pemain atau berkomplot dengan pemain lain bagi menumpaskan seseorang individu. Apa sahaja taktik dialukan, janji mereka dapat membuktikan diri sebagai penyerang terbaik.

Studio 8bit bertanggungjawab untuk bahagian animasi dan terkenal kerana menghasilkan anime “That Time I got Reincarnated as a Slime”. Daripada semua anime baru yang dikeluarkan baru-baru ini, Blue Lock ialah salah satu siri dengan rating tertinggi, di mana orang ramai beri markah sebanyak 8.44/10 di MyAnimeList.

Dengan hanya episod pertama, Blue Lock mendukung potensi untuk menjadi antara anime sukan terbaik dalam sejarah, tetapi kita lihat dulu bagaimana perkembangannya pada masa depan.

Untuk membaca segala liputan kami tentang Blue Lock, sila tekan pautan ini.

Tags: animeBlue Lockbola sepak
Previous Post

Manga Hunter x Hunter kembali pada 24 Oktober di Shonen Jump, hampir 4 tahun terhenti

Next Post

My Hero Academia: Deku Lepaskan Kuasa Penuh One For All! Detroit Smash Kini Lebih Berkuasa! [SPOILER]

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
My Hero Academia: Deku Lepaskan Kuasa Penuh One For All! Detroit Smash Kini Lebih Berkuasa! [SPOILER]

My Hero Academia: Deku Lepaskan Kuasa Penuh One For All! Detroit Smash Kini Lebih Berkuasa! [SPOILER]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd