Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anda kini boleh menonton Marvel Anime: Iron Man di Youtube!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 4, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Anda kini boleh menonton Marvel Anime: Iron Man di Youtube!
Share on FacebookShare on Twitter

Sony Pictures telah memuat naik episod pertama untuk anime Iron Man (2010) ke salah satu halaman YouTube mereka untuk tontonan percuma. Episod ini adalah sebahagian daripada saluran Throwback Toons oleh Sony, yang menayangkan episod kartun/anime klasik percuma dari katalog mereka, termasuk rancangan seperti Astro Boy, The Critic dan kartun Jackie Chan Adventures. Peminat Marvel yang ingin lebih banyak aksi adiwira selain Iron Man juga pasti gembira untuk mengetahui bahawa halaman Youtube ini juga akan menayangkan beberapa episod dari siri Spectacular Spider-Man (2008). Anime Iron Man kini tersedia dalam audio bahasa Inggeris dan berikut adalah pautannya:

https://www.youtube.com/watch?v=KF1ovdGVRpQ&feature=emb_title

Anime Iron Man diarahkan oleh Yuzo Sato, seorang veteran dalam industri anime yang sebelum ini mengarahkan anime terkenal Kaiji dan sejumlah episod untuk siri shonen terkenal Naruto. Dia juga telah bekerja sebagai juruanimasi dan artis storyboard selama beberapa dekad, dan menyumbang kepada anime seperti Attack on Titan, Hunter X Hunter, Boogiepop Phantom dan Pokemon.

Reviewing Marvel Anime (2011): Iron-Man, Wolverine, X-Men & Others - YouTube

RelatedPosts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

Marvel Anime: Iron man hanyalah satu daripada empat siri dalam projek Marvel Anime, yang dihasilkan bersama oleh Marvel bersama bantuan studio animasi Jepun Madhouse, yang terkenal untuk siri seperti Trigun, Death Note dan Black Lagoon. Tiga siri Marvel lain yang dihasilkan untuk projek tersebut adalah X-Men, siri solo Wolverine, dan Blade. Kolaborasi itu cukup berjaya sehingga Marvel meluluskan dua filem anime dari Madhouse iaitu Iron Man: Rise of Technovore pada tahun 2013 dan Avengers Confidential: Black Widow & Punisher pada tahun 2015.

Selain itu, Marvel juga mengumumkan bahawa pelukis manga Linebarrels of Iron dan Ultraman, Eiichi Shimizu akan mereka cipta pakaian mecha istimewa untuk para ahli Marvel’s Avengers bagi siri komik Marvel’s Tech-On Avengers. Shimizu melukis seni muka depan untuk siri ini dengan bantuan rakannya, Tomohiro Shimoguchi.

Jika berminat, jangan lupa tonton Marvel Anime: Iron Man di Youtube sekarang! Untuk segala liputan kami tentang anime, anda boleh tekan pautan ini.

Sumber – YouTube

Tags: iron manMarvelmarvel animeyoutube
Previous Post

Vivo X Shopee 8.8 Brand Festival menawarkan diskaun sehingga 37% pada 8 Ogos ini!

Next Post

Sebuah game mobile Call of Duty terbaru kini dalam pengembangan Activision!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Sebuah game mobile Call of Duty terbaru kini dalam pengembangan Activision!

Sebuah game mobile Call of Duty terbaru kini dalam pengembangan Activision!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd