APAC Predator League 2025 mencipta detik-detik boleh dilupakan dalam sejarah esports, apabila pasukan Alter Ego (VALORANT) dan Myth Avenue Gaming (Dota 2) muncul sebagai juara. Berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur, edisi keenam liga ini menyaksikan kedua-dua pasukan cemerlang ini dinobatkan sebagai juara, masing-masing membawa pulang Predator Shield yang berprestij dan hadiah utama bernilai USD 65,000.
Keputusan Grand Final
VALORANT (11 Januari 2025)
- Juara: Alter Ego (USD 65,000)
- Naib Juara: ZOL Esports (USD 20,000)
- Tempat Ketiga & Keempat: Crest Gaming Zst dan Xipto Esport (USD 7,500 setiap satu)
Dota 2 (12 Januari 2025)
- Juara: Myth Avenue Gaming (USD 65,000)
- Naib Juara: Team Helios (USD 20,000)
- Tempat Ketiga & Keempat: Team Ivory dan 123 Gaming (USD 7,500 setiap satu)
Melalui undian Intel Allstar Vote, sepuluh anugerah khas dengan jumlah hadiah USD 20,000 dipertaruhkan. Peminat memilih pemain kegemaran mereka berdasarkan peranan dalam pasukan masing-masing.
Pasukan Allstar VALORANT (USD 2,000 setiap seorang)
- Sentinel: Cud (Alter Ego)
- Duelist: Ray4c (Alter Ego)
- Controller: gotten (Alter Ego)
- Initiator: ValdyN (Alter Ego)
- Flex: invy (Team Secret)
Pasukan Allstar Dota 2 (USD 2,000 setiap seorang)
- Hard Carry: Cije (Helios)
- Mid Laner: Azura (Helios)
- Off Laner: Rusman (Helios)
- Support: Juju (Helios)
- Hard Support: you_K (Helios)
Anugerah Intel MVP turut diberikan kepada dua pemain cemerlang dengan hadiah USD 10,000 setiap seorang:
- VALORANT: Cud (Alter Ego)
- Dota 2: Bob King (Myth Avenue Gaming)
Meraikan Budaya Esports dan Hiburan
Grand Final selama dua hari ini melangkaui esports, menggabungkan persaingan dengan aktiviti komuniti. Acer memperkenalkan elemen baharu seperti avatar Nero dan Yuffy, lagu tema “It Lies Within” dalam pelbagai bahasa tempatan, serta persembahan memukau oleh:
- Sandara Park dan Minzy dari kumpulan K-pop 2NE1
- Bintang Malaysia Aina Abdul dan Hael Husaini
- Kumpulan Filipina G22
Pertandingan Coswalk juga menjadi tumpuan, menampilkan bakat cosplay terbaik Malaysia. Pemenang termasuk kostum Valkia the Bloody dari Warhammer: Age of Sigmar oleh Vinca Kazuki, Thanatos dari Persona 3 oleh Mak, dan S.I.C. Amazon Alpha oleh Saiful SS Prop, yang memenangi hadiah daripada kumpulan wang tunai RM25,000.
India: APAC Predator League 2026

Ketika tirai ditutup di Kuala Lumpur, Acer mengumumkan bahawa India akan menjadi hos APAC Predator League 2026. Dalam upacara penyerahan rasmi, Presiden dan Pengarah Urusan Acer India, Harish Kohli, menerima panji Predator League daripada Pengarah Urusan Acer Malaysia, Kon Tek Yoong, menandakan permulaan baharu untuk memupuk ekosistem esports dan PC gaming di rantau ini.
Peminat boleh nantikan acara yang lebih hebat pada tahun 2026. Untuk maklumat lanjut, ikuti perkembangan APAC Predator League 2025 di Facebook.
@gamersantaimy
Discussion about this post