Hari ini, Ubisoft mengumumkan bahawa Judgement of Atlantis, episod terakhir untuk post-launch story arc Assassin’s Creed® Odyssey The Fate of Atlantis kini boleh didapati di sistem permainan video PlayStation®4, dan keluarga Xbox termasuk Xbox One dan Windows PC. Judgement of Atlantis mengakhiri kisah cerityang dimulakan dengan Legacy of the First Blade dan merupakan episod terakhir terbesar untuk Assassin’s Creed Odyssey.
Judgement of Atlantis menghantar pemain ke dunia legenda Atlantis, landskap indah kemajuan seni bina dan air jernih, serta taman permainan untuk pengetahuan dan kekuatan bagi Isu. Sebagai cabaran terakhir untuk mengawal Staff of Hermes, pemain mesti membuat keputusan paling sukar di sebuah dunia di mana manusia dan Isu wujud bersama. Dalam dunia yang tidak stabil ini, Poseidon, raja Atlantis, cuba mengekalkan keseimbangan dan berharap bahawa hero kita, yang diberi gelarani Dikastes, hakim untuk Atlantis, akan membawa keharmonian kepada kerajaan Atlantis.
Setiap episod The Fate of Atlantis memperkenalkan peningkatan kebolehan baru yang berkait dengan cabang-cabang berbeza daripada skill tree — Hunter, Warrior dan Assassin. Dalam episod ketiga ini, pemain akan menemui tiga peningkatan kebolehan baru, termasuk:
- Ares Wrath: sebahagian daripada skill tree Warrior, adalah peningkatan keupayaan kepada abiliti Ring of Chaos. Pemain menghancurkan tanah dengan Broken Spear untuk mencipta sebuah kawasan besar di mana semua musuh di dalamnya menjadi perlahan dan menerima damage selepas beberapa saat.
- Blessing of Kronos: sebahagian daripada skill tree Assassin, adalah peningkatan keupayaan kepada abiliti Venomous Attack. Pemain menerima Isu Power untuk masa yang terhad, lalu menerima imuniti daripada efek Isu, seperti Adrenalin Freeze dan Adrenalin Drain. Ia juga meningkatkan jumlah penerimaan Adrenalin dan meningkatkan jarak senjata.
- Kronos’ Punishment: sebahagian daripada skill tree Assassin, adalah peningkatan keupayaan kepada abiliti Call to Arms. Mencipta replika kepada hero kami yang boleh melakukan serangan hendap ke sasaran, agar pemain boleh membunuh musuh tanpa mendedahkan diri ketika banyak musuh berdekatan.
@gamersantaimy
Discussion about this post