Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Aksi RPG ‘Tokyo Revengers: Last Mission’ Akan Lancar Feb 2024, Hanya Di Jepun Buat Masa Ini

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 22, 2023
in Action, Android, Anime, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, RPG
0 0
0
Aksi RPG ‘Tokyo Revengers: Last Mission’ Akan Lancar Feb 2024, Hanya Di Jepun Buat Masa Ini
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Victor Entertainment mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan judul aksi RPG 3D “Tokyo Revengers: Last Mission” pada Februari 2024 di Jepun. Game ini akan tersedia untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Switch, PC melalui DMM Games, iOS melalui App Store dan iOS melalui Google Play sebagai game free-to-play bersama transaksi-mikro berasaskan item.

Malangnya, kami tidak tahu jika game ini akan dilancarkan di luar Jepun atau tidak.

Kredit: Victor Entertainment

Daripada apa yang saya faham tentang deskripsi game ini, pemain akan alami semula kisah anime daripada perspektif watak utama, Takemichi Hanagaki. Masa depan berubah melalui kitaran masa yang berulang, jadi ubah masa depan paling bencana kepada masa depan yang Takemichi inginkan dengan usaha sendiri.

Kredit: Victor Entertainment

Dunia anime terkenal “Tokyo Revengers” akan dicipta semula dalam grafik 3D. Di sini, pemain boleh menikmati aksi RPG 3D dalam bandar Shibuya yang realistik. Selain bandar Shibuya (di mana cerita itu berlaku), terdapat beberapa lokasi terkenal lain daripada anime dan manga termasuk Musashi Shrine, Umishita Park, Mizo Middle School, gudang-gudang, platform stesen, dan juga bilik setiap watak.

Jalan cerita utama disuarakan sepenuhnya oleh pelakon suara original manakala adegan-adegan terkenal daripada anime akan tampil sebagai cutscene dengan model 3D. Walaupun naratif hampir sama, Tokyo Revengers: Last Mission membolehkan anda mengalami Tokyo Revengers dalam bentuk yang lebih padat dan berbeza daripada anime.

Kredit: Victor Entertainment

Lebih daripada 30 watak popular daripada siri akan muncul sebagai watak yang boleh dimainkan dalam game! Dalam pertempuran, pemain akan bertarung memakai skema kawalan mudah seperti majoriti aksi RPG dan gunakan kombo, skill dan kemahiran istimewa untuk memenangi pertarungan! Pada masa yang sama, guna “sistem co-op” untuk melakukan serangan kuat kepada musuh bersama rakan sekutu.

Kredit: Victor Entertainment

Watak Tokyo Revengers baharu boleh diperoleh secara gacha (majoriti masa) atau melalui kaedah lain. Bukan itu sahaja, watak juga boleh disusun secara bebas tidak kira orang jahat atau baik, jadi kombinasinya memang tiada kesudahan.


Dapatkan segala berita kami tentang Tokyo Revengers di SINI!

Tags: Tokyo RevengersTokyo Revengers: Last Mission
ShareTweetSend
Previous Post

Anime Dr. Stone: Science Future Diumumkan, Musim Terakhir untuk Siri!

Next Post

ASUS Zenbook 14 OLED (UX3405) Tiba Di Malaysia Pada Harga Mula RM4999- Laptop Intel Core Ultra Pertama Kuasa AI!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
ASUS Zenbook 14 OLED (UX3405) Tiba Di Malaysia Pada Harga Mula RM4999- Laptop Intel Core Ultra Pertama Kuasa AI!

ASUS Zenbook 14 OLED (UX3405) Tiba Di Malaysia Pada Harga Mula RM4999- Laptop Intel Core Ultra Pertama Kuasa AI!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd