Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan barisan aksesori PlayStation 4 yang serasi dengan PlayStation 5. Berkat pengumuman ini, banyak soalan di fikiran pemain telah terjawab sejak konsol PS5 pertama kali diumumkan, tetapi jawapan di bawah mungkin bukan seperti yang anda harapkan.
First details on compatible accessories and peripherals for PlayStation 5: https://t.co/PcJLll3oQi pic.twitter.com/kAaHTY4vyB
— PlayStation (@PlayStation) August 3, 2020
Apakah periferal/aksesori PlayStation 4 yang boleh berfungsi di PlayStation 5?
- Periferal khusus, seperti stereng perlumbaan berlesen, arcade stick, dan flight stick, akan berfungsi dengan permainan video PlayStation 5 dan PlayStation 4 (yang dibawa ke PS5).
- Headset Wireless Platinum dan Gold , serta alat dengar pihak ketiga yang bersambung melalui port USB atau bicu audio, boleh berfungsi di PlayStation 5 (aplikasi alat dengar tidak serasi dengan PlayStation 5).
- Controller DualShock 4 dan gamepad pihak ketiga berlesen PlayStation boleh berfungsi dengan permainan video PlayStation 4 yang disokong.
- Controller PlayStation Move Motion dan PlayStation VR Aim boleh berfungsi dengan permainan video PlayStation VR yang disokong di PlayStation 5.
Harap maklum, tidak semua periferal/aksesori rasmi atau pihak ketiga PlayStation boleh berfungsi di PlayStation 5.
Bolehkah DualShock 4 biasa berfungsi dengan permainan video PlayStation 5?
Tidak, Sony percaya bahawa permainan video PlayStation 5 harus memanfaatkan kemampuan dan fitur baru yang dibawa ke platform, termasuk ciri-ciri controller DualSense.
Adakah Kamera PlayStation untuk PlayStation 4 serasi dengan PlayStation 5?
Ya, PlayStation Camera boleh berfungsi dengan PlayStation 5 untuk bermain permainan video PlayStation VR yang disokong. Ia memerlukan adapter Kamera PlayStation yang akan diberikan tanpa kos tambahan kepada pengguna PlayStation VR.
Bagi mereka yang tak sabar, PlayStation 5 akan keluar tahun ini. Untuk semua info tentang PS5, lawat pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post