Pengalaman terbaru dari Media Molecule, pencipta yang pernah memenangi anugerah LittleBigPlanet dan Tearaway, kini Sony Interactive Entertainment Singapore Private Limited (SIES) telah mengumumkan permainan video Dreams Universe boleh didapati di PlayStation®Store. Dreams Universe adalah permainan alam semesta yang semakin berkembang dan hanya eksklusif untuk PS4, di mana anda akan meneroka, mencari pengalaman dan bermain dalam imaginasi pemain tanpa batas di seluruh dunia.
Ia! Di dalam permainan ini anda berpeluang untuk membuat Permainan, Muzik, Filem, Seni dan banyak lagi dalam alam kreatif yang tersendiri! Dengan Akses Awal anda akan mendapat barangan untuk mencipta yang hebat sebelum pelancaran permainan penuh. Cipta semuanya dengan tersendiri dan masukkan ke arked Remix serta mainkan pelbagai lagi permainan mini yang akan cetuskan imaginasi anda.
Anda juga berpeluang untuk kongsikan ciptaan anda! Bina rangkaian sosial anda sendiri dan ikuti rangkaian pemain lain juga, cari pencipta yang mempunya idea yang sama melalui profil pemain kemudian bekerjasama untuk mencipta sesuatu projek bersama mereka. Ini lah peluang anda untuk mengambil bahagian dalam cabaran masyarakat dan dapatkan Dreamstones berharga ketika anda bermain.
Anda boleh mendapatkan akses awal Dreams Universe di PS Store (tekan sini) berharga RM 129 sahaja!
Untuk info lebih lanjut mengenai Dreams Universe, bolehla lawati laman web mereka di https://asia.playstation.com/en-my/games/2019/dreams-universe/en/
@gamersantaimy
Discussion about this post