Sejak ada kes Zombie Mode ni, kita tahu yang PUBG memang nak buat sesuatu yang sangat besar dan besar maksud aku adalah Monster hunting dalam PUBGM. Yes, Monster Hunting. Untuk pengetahuan korang kat Server China sekarang ni ada update 0.13.0 yang melibatkan beta version Arcade mode untuk Monster Hunting yang orang ramai beri spekulasi khas untuk Tahun Baru Cina yang akan tiba tak lama lagi.
Youtuber Rey LAGARTO yang menjumpai video dari salah seorang pemain PUBGM di China dalam 0.13.0 update telah memuat naik video tentang Arcade Mode terbaru yang sekarang ni dalam Beta di China, tetapi tiada kata putus yang akan dilepaskan untuk globally sebab kita baru masuk 0.10.0 update dan ada spekulasi mengatakan update seterusnya adalah 0.10.5 yang melibatkan Zombie Mode sempena kerjasama antara PUBGM dan Resident Evil 2.
Tetapi, rasanya most likely Monster Hunting ni takkan available di PUBGM Globally kerana rasanya ramai tidak mahu PUBGM lari dari segi Battle Royale dan pemain PUBGM yang phone mereka bukan la phone yang terlalu kuat untuk main high end PUBGM. Tetapi, itu semua keputusan Tencent sama ada untuk keluarkan untuk China sahaja atau Keluarkan secara Global.
@gamersantaimy
Discussion about this post