Blizzard Entertainment baru sahaja upload video “Origin story” dekat Youtube mengenai Hero terbaru mereka, iaitu Baptiste. Jean-Baptiste Augustin adalah karakter support yang bergantung berat dengan penggunaan gadgetnya. Digelar sebagai combat medic, dia adalah gabungan antara DPS dan healer. Baptiste berasal dari Haiti.
Dalam video tersebut, Baptiste dilihat menjadi yatim piatu semasa krisis Omnic dan menyertai kumpulan kententeraan yang bernama Carribean Coalition untuk meneruskan kehidupannya. Walaupun dia mendapat kepuasan dan kebanggaan dalam membantu orang ramai, krisis Omnic akhirnya berakhir dan Baptiste menghadapi masalah dalam menyesuaikan diri dengan kehidupan.
Satu group yang tertarik dengan skills Baptiste, iaitu Talon dianggotai oleh Reaper dan Doomfist. Baptiste berpuas hati dengan group Talon pada mulanya, namun cepat-cepat sedar yang dia sebenarnya meletakkan diri sendiri dalam ancaman bahaya. Dia kemudiannya meninggalkan Talon.
β οΈ Unauthorized Access Detected…
> TALON FIREWALL… Bypassed
> Accessing file… [CLASSIFIED] Communications Record of Captain Cuerva, D.π π https://t.co/BsA5OherBz pic.twitter.com/hqmknCo9HB
— Overwatch (@PlayOverwatch) February 21, 2019
Lepas dia keluar je Talon, apa lagi, group Talon ni nak cari dia sampai dapat! Mengikut teaser Overwatch di Twitter, ejen-ejen Talon tulis dorang punya plan untuk track Baptiste dan tarik dia balik ke Talon atau bunuh terus sebab dia tahu banyak sangat maklumat!
Hero baru ini masih belum diketahui exactly bila dia akan keluar, tetapi dengan keluarnya origin story dekat Youtube channel Overwatch tu sendiri, rasanya tak lama lagi kita boleh main support karekter ni! Harap tak kena nerfΒ lah minggu pertama tu!
@gamersantaimy
Discussion about this post