Dengan hanya beberapa hari sahaja lagi, Activision Blizzard akan sah menjadi milik Microsoft secara rasmi setelah setahun lebih cuba untuk meluluskan pembelian syarikat tersebut. Activision Blizzard merupakan salah satu syarikat video game terkenal dengan tajuk-tajuk seperti Diablo dan Call of Duty, dan nampaknya mereka sudah ada rancangan untuk meletakkan tajuk-tajuk game mereka dalam Game Pass nanti.
Melalui X, Activision Blizzard telah pengumuman yang menjawab beberapa persoalan daripada pemain Game Pass yang tertanya-tanya jika Call of Duty: Modern Warfare III atau Diablo IV akan tersedia di Game tahun ini. Mungkin pengumuman baharu itu mengecewakan sebilangan pemain tetapi ramai yang tidak sabar untuk game Activision Blizzard untuk hadir ke pas langganan tersebut.
“Walaupun kami tidak mempunyai rancangan untuk meletakkan Modern Warfare® III atau Diablo IV ke dalam Game Pass tahun ini, sebaik sahaja perjanjian itu ditutup, kami menjangkakan untuk mula bekerjasama dengan Xbox untuk membawa tajuk kami kepada lebih ramai pemain di seluruh dunia. Dan kami menjangkakan bahawa kami akan mula menambahkan game ke dalam Game Pass pada tahun hadapan.”
Jadi anda perlulah bersabar lagi untuk mainkan game Activision Blizzard di Game Pass nanti. Selain daripada Call of Duty dan Diablo, game mana lagi yang anda semua inginkan daripada Activision Blizzard nanti? Boleh kongsikan jawapan anda di ruang komen!
Untuk mendapatkan berita lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post