Bersiap sedia untuk penampilan istimewa di gamescom asia kerana Ryozo Tsujimoto selaku produser untuk siri Monster Hunter oleh Capcom akan membuat penampilan di hari acara! Di sini, Capcom menjemput pengunjung untuk menyertai acara pentas istimewa ini yang menampilkan salah satu francais paling digemari dan melihat aktiviti menarik yang ada di gamescom asia!
![](https://gamersantai.sgp1.digitaloceanspaces.com/2023/10/Tsujimoto-2-683x1024.jpg)
Khususnya, gamescom asia Stage Event ini akan berlangsung pada 21 Oktober (Sabtu, 2:00pm) di mana Ryozo Tsujimoto dan tiga influencer lain; The Jooomers, Tashbunny dan HighGai akan bekerjasama dan cuba menyelesaikan event quest daripada Monster Hunter Rise: Sunbreak!
Pada masa yang sama, pengunjung boleh mencuba pelbagai game demo keluaran Capcom. Berikut antara game yang bakal tampil di gamescom asia 2023:
- Dragon’s Dogma 2
- Apollo JusticeTM: Ace Attorney Trilogy
- Exoprimal
- Resident Evil Village untuk Ipad Pro
- Street Fighter 6
- Resident Evil 4 (VR Mode)
- Devil May Cry: Peak of Combat
- Street Fighter: Duel
![](https://gamersantai.sgp1.digitaloceanspaces.com/2023/10/Capcom-gamescom-asia-2023-1.jpg)
CAPCOM Pro Tour Offline Premier Singapore
![](https://gamersantai.sgp1.digitaloceanspaces.com/2023/10/364070363_153845054402542_6792926902174707353_n-1024x576.jpg)
CAPCOM Pro Tour Offline Premier Singapore semakin hampir! Pengunjung akan menerima t-shirt CAPCOM Pro Tour eksklusif apabila mendaftar, jadi tempah tempat sekarang kerana pendaftaran tamat pada 15 Oktober: start.gg/CPT2023-Singapore
CAPCOM Pro Tour Offline Premier Singapore berganding bahu bersama Asus dan Cooler Master, serta Lembaga Pelancongan Singapura dan Singapore Airlines, untuk acara akan datang ini.
Dapatkan segala berita kami tentang gamescom asia di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post