Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Acer Umum Paparan Google TV Baharu, Paparan Gaming OLED Canggih, & Kamera Stereo Acer SpatialLabs Eyes

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 3, 2024
in Aksesori, Artikel, Berita, Monitor, Teknologi, TV
0 0
0
Acer Umum Paparan Google TV Baharu, Paparan Gaming OLED Canggih, & Kamera Stereo Acer SpatialLabs Eyes
Share on FacebookShare on Twitter

Di Computex 2024, Acer telah memperkenalkan barisan paparan Google TV serba guna baharu, yang dibina untuk menyesuaikan pengalaman yang menyokong pelbagai keperluan dan gaya hidup pengguna; tiga paparan gaming dalam barisan Predator mereka, direka untuk para gamer profesional dan para penggemar gaming yang menginginkan peranti yang boleh diandalkan setiap hari; dan kamera Stereo SpatialLabs Eyes, tambahan terbaru kepada barisan peranti SpatialLabs 3D.

Berikut adalah ringkasan setiap produk:

Paparan siri Acer DA1 dan Nitro GA1 Google TV

Acer DA1 Series (Depan) | Kredit: Acer

Paparan LED Acer DA271K dan DA321QK LED datang dengan resolusi 4K UHD, manakala Nitro GA271U P dan Nitro GA321QU P dilengkapi resolusi WQHD dan kadar segar semula secepat 180 Hz untuk menyediakan adegan yang lancar dan pengalaman permainan yang cemerlang.

Dilengkapi dengan HDR10, kecerahan 250 nits, ia juga sesuai dengan AMD FreeSync™ dan NVIDIA® G-SYNC®, membantu mengurangkan artefak koyakan skrin ketika bermain atau menonton video.

Acer DA1 Series (Belakang) | Kredit: Acer

Kesemua empat paparan datang dengan ciri-ciri yang direka untuk menyediakan pelbagai pilihan hiburan. Google TV membawa filem, rancangan, dan banyak lagi daripada pelbagai aplikasi dan langganan, dan menyusun semuanya untuk kenikmatan para pengguna dalam melayari aplikasi kegemaran ramai seperti Netflix, Amazon Prime Video, Disney+, HBO Max, dan YouTube dari satu paparan.

Hantar filem, rancangan, gambar, dan banyak lagi dengan mudah dari telefon pintar atau tablet secara langsung ke paparan ini dengan Google Cast™, manakala tayangan tanpa wayar dan teknologi pencerminan skrin di peranti-peranti tersebut mengurangkan kegunaan wayar untuk menambah paparan.

Acer GA1 Series (Depan) | Kredit: Acer

Penyambungan Bluetooth menambah sokongan untuk mengurangkan wayar dan memudahkan penyambungan paparan ini dengan peranti lain-lain seperti pembesar suara dan pelbagai persisian. Sebagai produk IoT, peranti tersebut juga boleh disambung kepada rangkaian Wi-Fi dan disepadukan dengan ekosistem peranti pintar lain di persekitarannya dengan lancar.

Untuk menambah ke serba gunaannya, siri paparan pintar Acer DA1 dan Nitro GA1 dilengkapi fungsi Multiview yang membahagikan paparan kepada beberapa bahagian. Ini adalah berguna kepada para pengguna yang sentiasa bekerja dengan pelbagai tugas supaya para pengguna boleh melihat dan menjalankan beberapa kandungan dari pelbagai sumber dan mengawalnya secara langsung dari paparan ini di masa yang sama.

Acer GA1 Series (Belakang) | Kredit: Acer

Para pengguna boleh memasang kamera web luaran untuk panggilan video dan strim, membolehkan para penstrim untuk memilih platform andalan mereka untuk memuat video mereka langsung melalui paparan tersebut. Penyangga paparan yang direka untuk ergonomik memudahkan kedudukan tontonan yang sesuai dan boleh dipasang di dinding dengan kesesuaian VESA untuk meluaskan ruang meja di rumah.

Malangnya, harga dan ketersediaan produk di atas masih belum diumumkan di Malaysia.

Paparan Predator Gaming OLED

Acer turut mengumumkan tiga paparan gaming dalam barisan Predator mereka. Model-model baharu termasuk Predator X27U F3, Predator X34 X5, dan Predator X32 X3 dilengkapi dengan paparan OLED yang cemerlang, kadar segar semula yang tinggi, dan prestasi yang lancar.

Predator X27U F3 | Kredit: Acer

Predator X27U F3 adalah paparan gaming OLED 27 inci dengan kadar segar semula secepat 480 Hz dan kadar masa tindak balas piksel serendah 0.01 ms. Ia membawa para gamer ke dalam dunia yang mengandungi visual yang menawan dengan resolusi WQHD (2560 x 1440) untuk perincian yang tajam. Dilengkapi dengan palam USB jenis dan dua palam HDMI 2.1, ia menyokong permainan konsol dan PC dan datang dengan soket pasangan tripod di atas penyangga paparan membolehkan para gamer dan penstrim untuk memasang pelbagai aksesori seperti kamera web atau lampu skrin.

Predator X32 X3 | Kredit: Acer

Predator X32 X3 menawar paparan OLED 4K UHD (3840×2160) 31.5 inci dengan kadar segar semula 240 Hz dan kadar masa tindak balas 0.03 ms (GTG). Dengan Frekuensi dan Resolusi Dinamik, para gamer dikuasakan dengan ke serba bolehan untuk mengutamakan kadar segar semul atau resolusi, menyesuaikan pengalaman permainan mengikut keperluan masing-masing. Mereka boleh memilih resolusi 4K UHD di 240 Hz atau FHD yang lancar di 480 Hz, sesuai dengan keperluan permainan dan tugasan mereka. Lengkap dengan palam USB jenis C dan dua palam HDMI 2.1, Predator X32 X3 juga menawar penyambungan yang serba guna untuk para gamer konsol dan PC.

Predator X34 X5 | Kredit: Acer

Para gamer yang mendambakan pengalaman yang mengasyikkan dan responsif akan kagum dengan paparan Predator X34 X5 yang luas, lengkungan 1800R, dan panel OLED UWQHD (3440×1440). Untuk permainan yang lancar di kecepatan yang tinggi, paparan ini menghasilkan kadar segar semula yang cepat sehingga 240 Hz dan kadar masa tindak balas secepat 0.03 ms (G to G). Dua HDMI 2.1, DisplayPort, dan USB Jenis C menyokong para gamer dengan pilihan sambungan yang cemerlang.

Untuk keselesaan yang terbaik, paparan-paparan baharu tersebut menawar penyesuaian senget, pusing dan tinggi, membolehkan para gamer untuk mencari sudut pandangan yang paling sempurna di pelbagai keadaan.

Peranti tersebut juga datang dengan dua pembesar suara 5-watt untuk audio berkualiti, dan suis KVM terbina dalam untuk beralih antara dua PC dengan senang dengan satu tetapan papan kekunci dan tetikus. Direka untuk sesi permainan yang lama, paparan tersebut dilengkapi teknologi BlueLightShield Pro, tanpa kelipan, kemalapan rendah, dan ComfiView untuk mengurang keletihan mata.

Acer juga melaksanakan beberapa mekanisme perlindungan paparan OLED untuk memperpanjangkan jangka hayat paparan tersebut dan mengekalkan kualiti gambar; Display Saver (selalu terbuka) untuk memalapkan paparan secara automatik ketika tidak digunakan, Kecerahan Tetap, dengan tambahan Segar Semula Pengekalan Imej dan Pergerakan Skrin (selalu terbuka) untuk mengurang piksel dan gambar yang tersangkut.

Malangnya, harga dan ketersediaan produk di atas masih belum diumumkan di Malaysia.

Kamera Stereo Acer SpatialLabs Eyes

Kredit: Acer

Kamera Stereo SpatialLabs Eyes melengkapi portfolio 3D stereoskopik Acer, menyediakan penyelesaian dari penangkapan dan penciptaan kandungan, hingga paparan dan interaksi

Dengan resolusi 8 megapiksel setiap mata, cermin selfie terbina dalam, dan luaran kalis cuaca, Kamera Stereo Acer SpatialLabs Eyes yang padat ini adalah teman yang baik untuk menangkap detik-detik dalam kehidupan seharian.

Kredit: Acer

Untuk pengambilan gambar yang senang, SpatialLabs Eyes dilengkapi dengan kebolehan fokus automatik dan sentuh, diperbaik lagi dengan Penstabilan Gambar Elektronik (EIS) untuk gambar yang lancar dan mantap. Para juru gambar yang lebih berpengalaman akan menghargai pilihan untuk mod manual yang menyediakan kelunturan untuk menentukur tetapan ISO, imbangan putih, dan kecepatan penutup untuk kawalan keluaran gambar yang lebih baik.

Bahan luaran kamera ini disadur dengan lapisan syal hitam, manakala penutup kantanya dan bingkai cermin selfie dilapiskan dengan lapisan aluminium. Dengan penampilan yang anggun dan ciri-ciri inovatif, Kamera Stereo Acer SpatialLabs Eyes telah memperolehi pujian dari pakar-pakar reka bentuk dan menerima anugerah 2024 Red Dot dan Reka Bentuk iF.

Kredit: Acer

Kamera SpatialLabs 3D ini bukan sahaja untuk menangkap gambar dan video dalam 3D. Ia membolehkan strim dan bercerita dalam 3D, membolehkan para pengguna berkongsi kandungan 3D mereka di YouTube dan platform strim lain secara langsung dengan Acer SpatialLabs Player 3.0. Panggilan video akan tersedia melalui widget panggilan video SpatialLabs di suku 3 2024 yang membolehkan panggilan video 3D beresolusi tinggi yang lebih menarik dengan aplikasi seperti Teams (1080p), Zoom (720p), dan Google Meet (1080p), dengan ciri-ciri kedalaman yang boleh disesuaikan tersedia untuk panggilan yang lebih seakan hidup.

Acer juga telah mengumumkan pelbagai alat pemaju baharu, termasuk pemalam SpatialLabs Unreal 5.3 dan Unity 2021.3 LTS dan 2022.3 LTS. Alat-alat ini akan tersedia kepada pencipta 3D bermula dari bulan Jun.

Sebagai tambahan, aplikasi SpatialLabs Model Viewer Pro baharu, yang sesuai dengan peranti SpatialLabs Pro, akan dilancarkan. Aplikasi ini direka untuk memperbaik aliran kerja kandungan 3D dan pengalaman pengguna dengan ciri-ciri baharu yang bertumpuan kegunaan komersial.

Digabung dengan sokongan untuk kebanyakan format fail 3D dan sokongan tambahan di atas glTF, mod pembentangan baharu membolehkan para pemaju untuk meneliti, menyelaras, dan mempamerkan pelbagai model dengan berterusan untuk tontonan dan penyesuaian tanpa perlu memajukan projek dari sifar.

Aplikasi ini juga mempunyai ciri-ciri seperti menambah meja berpusing, tindihan dengan logo pilihan mereka, dan latar belakang maya, di samping penyesuaian dengan HDRI pilihan mereka. Ini juga menjadikannya penyelesaian yang sesuai untuk pemasangan 3D di dalam bilik pameran dan pembentangan profesional. Untuk maklumat lanjut, sila lawat laman pemaju SpatialLabs

Malangnya, harga dan ketersediaan produk di atas masih belum diumumkan di Malaysia.


Baca segala berita kami tentang Acer di SINI!

Tags: Acerkameramonitortv
ShareTweetSend
Previous Post

Innodisk Mengembang Aplikasi Edge AI & Solusi Pintar di Computex 2024

Next Post

Acer Merangsang Tempat Kerja Dengan TravelMate Baharu & Chromebook Plus Enterprise

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Acer Merangsang Tempat Kerja Dengan TravelMate Baharu & Chromebook Plus Enterprise

Acer Merangsang Tempat Kerja Dengan TravelMate Baharu & Chromebook Plus Enterprise

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd