Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

ACER telah mengumumkan bahawa Asia Pacific PREDATOR LEAGUE 2020 ditundakan!

Dimaklumkan kepada semua peserta serta peminat yang ingin ke Manila, sila tangguhkan tiket penerbangan anda!

Nyny.A by Nyny.A
February 5, 2020
in Acara, Artikel, Berita, PC
0 0
0
ACER telah mengumumkan bahawa Asia Pacific PREDATOR LEAGUE 2020 ditundakan!
Share on FacebookShare on Twitter

Satu lagi acara besar yang ditunda selepas Taipei Game Show 2020 yang mengumkannya minggu lalu, kini ACER juga telah membuat keputusan yang bernas demi keselematan semua orang dengan menundakan acara Asia Pacific Predator League 2020.

Seperti yang semua tahu, kini hampir seluruh dunia telah berhati-hati dengan jangkitan Coronavirus (Wuhan virus) [2019-nCoV] yang melanda dan mengakibatkan kematian ramai orang. Coronavirus ini juga bukan memberi wabak kematian kepada manusia, ianya juga memberi kesan kepada haiwan. Dikatakan ianya berpunca dengan warga Wuhan yang suka makan makanan esotik seperti kelawar dan Ular berbisa menjadi punca virus kematian ini. Dengan ini, Acer telah membuat satu keputusan yang bernas dengan menundakan acara gemilang tahunan Asia Predator League ini kebulan Jun atau Julai 2020 dan akan dimaklumkan kelak.

Acer mengumumkan bahawa sebanyak 20,000 tiket telah dijual untuk acara yang dijadualkan berlansung di Manila, Filipina 19 hingga 23 Februari ini. Ini adalah keselematan bagi kesemua yang terlibat dalam acara termasuk pemain esports, penonton, penyokong dan pekerja-pekerja yang bekerja untuk acara ini. Pemain yang termasuk di acara ini juga mewakili dua pasukan Malaysia iaitu Flower Gaming untuk permainan DOTA2 dan Battle Arena Elites untuk PlayerUnknown’s Battlegrounds selepas menjuarai kejohanan Malaysia Predator League 2020.

Acer akan terus membuat pantauan mengenai Coronavirus ini sehingga ianya reda dan maklumat selebihna mengenainya diterima oleh Organisasi Kesihatan Sedunia.

Acer telah lama berkomitmen untuk pembangunan esports dan secara aktif mengambil bahagian dalam dan menyokong acara-acara antarabangsa esports. Mereka juga menjadi tuan rumah KejohananAsia Pacific Predator League Esports selama dua tahun. Hasil daripada usaha ini, pertumbuhan yang besar telah dibuat di segmen permainan di rantau Asia pada tahun 2019, termasuk pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 239% di Filipina, 154% di Vietnam dan 77% di India.

Maklumat mengenai peraturan kejohanan yang timbul akibat perubahan jadual ini akan diumumkan di laman web rasmi liga tidak lama lagi, bersama-sama dengan maklumat mengenai penggunaan semula dan / atau pembayaran balik tiket. Peserta akan terus dihubungi dengan notis mengenai kemas kini penting dan apabila tarikh baru telah diumumkan. Satu pekara yang bagus kepada keselamatan semua orang, apapun keadaan, kita nantikan keputusan atau maklumat selebihnya dari Acer untuk acara gemilang ini.

Sumber: ACER PREDATOR Gaming Philipines Facebook

Tags: AcerAsia Pacific Predator League 2020Asia Pacific Predator League 2020 posponeAsia Pacific Predator League 2020 tundaEsportsesukan
Previous Post

Negara China BAN Permainan Video yang ada PERKAHWINAN pula!!

Next Post

Game BATMAN ARKHAM terbaru sebenarnya adalah reboot dan beberapa gambar juga telah leak!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Game BATMAN ARKHAM terbaru sebenarnya adalah reboot dan beberapa gambar juga telah leak!

Game BATMAN ARKHAM terbaru sebenarnya adalah reboot dan beberapa gambar juga telah leak!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd