Gaming laptop yang kuat dan mampu dimiliki ini memberikan versatiliti kepada pemain yang kompetitif. Acer Predator Helios 300 adalah gaming laptop yang direka bukan hanya pada harga yang dikatakan mampu milik malah cukup kuat untuk menguruskan gaming seharian anda.
Hitam dengan kemasan yang lawa, rekaan geometri dan butiran biru (kekunci WASD pun berwarna biru), gaya yang agresif menjadikan Helios 300 satu gaming laptop yang ringkas tetapi anggun. Papan kekunci berwarna biru menambah tarikannya, dan berasa selesa untuk menaip.
Helios 300 lebih menonjol dari komputer riba biasa dalam dua bidang utama: kad grafik dan processor. Dengan menggunakan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2070, Helios 300 menyampaikan prestasi cemerlang dalam persekitaran permainan yang paling grafik, termasuk aplikasi virtual reality.
Peranti ini dilengkapi dengan 8GB RAM dan SSD 256GB yang mempercepatkan proses boot-up dan meningkatkan transit data. Akhir sekali ialah processor Intel Core I7 2.60GHz yang menyediakan gameplay luar biasa menggunakan teknologi Coffe Lake 14nm.
Komputer riba yang direka untuk pengguna bermain dengan lebih cepat & lama!
Helios 300 mempunyai PredatorSense, sebuah panel kawalan permainan Acer, yang membolehkan pemain memantau penggunaan CPU dan GPU serta menyesuaikan sistem untuk prestasi optimum. Sebagai contoh, ia mempunyai tiga tetapan kipas: Auto membolehkan komputer menetapkan kelajuan kipas mengikut situasi; Max memaksa kipas berputar pada tetapan tertinggi; dan Custom membolehkan pengguna mengawal setiap kipas.
Kipas AeroBlade 3D menawarkan aerodinamik maju dan aliran udara yang mencukupi. Pengguna pasti menghargai keupayaan untuk menaik taraf RAM dan hard drive dengan mudah, dengan kedua-duanya terletak di bahagian bawah casis. Pengguna hanya perlu membuka penutup dan tukarkan bahagian-bahagian untuk satu naik taraf yang pantas dan mudah. Satu lagi ciri penting adalah connectivity. Sisi kanan mempunyai dua port USB Type-A ver. 3.1 Gen 2 dan 3.5mm headphone jack. Sisi kiri mempunyai port pengecasan khusus, port Gigabit Ethernet, satu USB Type-C, satu USB 3.0 Type-A dan Gigabit LAN (Killer E2500) slot.
Helios 300 memberi prestasi yang kita mahukan!
Semasa ujian, saya mencuba Apex Legends. Saya bermain beberapa perlawanan selama beberapa jam dan agak terkejut dengan prestasi Helios 300. Untuk memaksa sistem pada kapasiti terbaiknya, saya menetapkan semua pilihan video – tekstur, shadow, particle detail dan shader quality – hingga maksimum. Sebaik sahaja permainan bermula, kipas dihidupkan secara automatik sehingga saya habis bermain.
Semua komputer riba gaming menjadi panas, tetapi saya mendapati Helios 300 membuang haba dengan baik jika dibandigkan dengan harganya. Selepas bermain beberapa perlawanan, bahagian bawah komputer riba berasa hangat untuk disentuh tetapi saya tidak mengalami apa-apa lag atau frame drop yang berlaku disebabkan haba.
Walaupun komputer riba pada harga yang sama menawarkan spesifikasi setanding dalam CPU, GPU dan RAM, beberapa sahaja yang boleh memaparkan paparan IPS 144-hertz. Pada 144 FPS, memang pantas. Sesetengah pesaing menawarkan 60 hertz, dan yang lain menaikkan kepada 120 hertz, tetapi 144 hertz adalah sangat luar biasa. Dengan refresh rate sepantas ini, Helios 300 menyampaikan grafik yang sangat lancar dan input lag yang lebih rendah. Ini akhirnya memberikan pemain sebuah pengalaman gaming yang menakjubkan.
Kesimpulannya?
Secara peribadi, jika anda seorang yang kerap bergerak atau tidak suka tinggal di rumah, ini adalah pilihan terbaik untuk nilai harga dan spesifikasi yang mereka tawarkan! Kamu boleh membeli produk ini di kedai Acer berdekatan anda atau lihat laman web rasmi mereka di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post