Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Acer mengumumkan Predator Helios 300 dan Nitro 5 dengan “spec” lebih canggih di Malaysia

Amir Haziq by Amir Haziq
April 6, 2021
in Artikel, Berita, Laptop, Teknologi
0 0
0
Acer mengumumkan Predator Helios 300 dan Nitro 5 dengan “spec” lebih canggih di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Bersempena dengan permulaan Predator League 2020/21, Acer Malaysia hari ini mengumumkan kedatangan Predator Helios 300 baru yang dilengkapi dengan NVIDIA® GeForce® RTX3060 serta Acer Nitro 5 dengan pemproses Intel® Core ™ Gen ke-11 di Malaysia.

Predator Helios 300 – Laptop Gaming yang Dipercayai dengan ciri One-Key Overclock

Predator Helios 300 adalah laptop gaming pertama Predator di Malaysia dengan kad grafik NVIDIA® GeForce® RTX. Bersama Intel® Core ™ i7-10870H, Predator Helios 300 membolehkan para gamer bermain dengan lancar. Ia turut menampilkan dua PCIe NVMe SSD, yang dilengkapi dengan 512GB PCIe NVMe SSD. Terdapat juga satu slot tambahan HDD dan satu slot M.2. RAM 8GB DDR4 dalam peranti yang boleh ditingkatkan sehingga 32GB.

Dengan perkakasan dalaman yang canggih, Predator Helios 300 mempunyai paparan bezel nipis IPS FHD 15,6 inci untuk menyokong refresh rate 144hz yang membolehkan visual peranti ini menjadi cantik. Sementera audionya pula dikuasakan dengan DTS: X Ultra dan simulasi 3D surround sound yang membolehkan pengalaman audio lebih mengasyikkan.

Tambahan pula, Predator Helios 300 juga dilengkapi dengan kekunci Turbo dan PredatorSense yang ikonik, dimana pemain boleh melakukan overclock GPU dengan satu klik sahaja untuk mengawal peranti secara realtime. Ia juga menampilkan dua kipas Aeroblade 3D untuk memaksimumkan penyejukan supaya pemain boleh memberikan sepenuh potensi mereka dalam permainan. Papan kekunci RGB 4 zon juga dilengkapi dengan kekunci WASD dan anak panah yang lutsinar.

Selain itu, Predator Helios 300 hadir dalam 2 varian NVIDIA® GeForce® RTX 3060. Ianya kini tersedia di kedai online Acer dan semua penjual sah Acer di seluruh negara. Bagi Intel Core i7-10870H, ianya dijual pada harga RM5,999, sementara Intel® Core ™ i5-10500H pula dijual pada harga RM5,299.

Acer Nitro 5 – Rasai pengalaman gaming

Sebagai komputer riba gaming pertama Acer Malaysia dengan  Intel® Core ™ 11th Gen dengan sistem penyejukan yang diperbaharui, Acer Nitro 5 ini dilengkapi dengan NVIDIA® GeForce® GTX 1650, 8GB 3200Mhz DDR4 RAM dan 512GB PCIe NVMe SSD. Ianya direka dengan memenuhi keperluan pemain, dan memberi mereka ruang untuk meningkat RAM lebih tinggi dengan kapasiti hingga 32GB bersama slot M.2 tambahan bagi peningkatan storan.

Acer Nitro 5 mempunyai paparan IPS FHD 15,6 inci dengan kadar penyegaran 144HZ bagi kelancaran semasa gaming. Peranti ini dilengkapi dengan aplikasi NitroSense untuk pemain memeriksa suhu sistem dan menyesuaikan kelajuan kipas semasa bermain dan banyak lagi.

Anda boleh dapatkan Acer Nitro 5 di kedai online Acer dan semua penjual sah Acer di seluruh negara. Harga jualan bagi Acer Nitro 5 dengan Intel® Core ™ i7-11370H berharga RM4,399, sementara Nitro 5 dengan Intel i5-11300H berharga RM3,799.

Bagi mereka yang membeli mana-mana peranti ini sebelum 30 Jun 2021, anda boleh menebus hadiah percuma, termasuk kredit Touch ‘n Go eWallet atau Boost bernilai sehingga RM100 di laman rasmi Acer. Setiap peserta juga berpeluang memenangi #CreateYourDreamSpace makeover dari Woody Lab yang bernilai sehingga RM21,000 setiap satu untuk 3 kategori iaitu Productivity, Learning dan Gaming.

Acer Malaysia turut memberikan hadiah khas bernilai keseluruhan RM638 untuk pelanggan yang membeli peranti ini di kedai rasmi Shopee Acer semasa Asia Pacific Predator League. Hadiah tersebut merangkumi lesen McAfee Live Safe selama 3 tahun bernilai RM299 dan Acer Supercare 2 yang bernilai RM399.

Tags: AcerHelios 300Nitro 5predator
Previous Post

Valheim kini boleh dimainkan dengan penambahan mod VR

Next Post

E3 2021 kembali 12 Jun ini secara keseluruhan Digital!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
E3 2021 kembali 12 Jun ini secara keseluruhan Digital!

E3 2021 kembali 12 Jun ini secara keseluruhan Digital!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd