Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Acer Meluaskan Barisan Chromebook Plus dengan Model 14″ Baharu Dikuasakan oleh Cip Intel Core

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 30, 2024
in Artikel, Berita, Komputer, Laptop, Teknologi
0 0
0
Acer Meluaskan Barisan Chromebook Plus dengan Model 14″ Baharu Dikuasakan oleh Cip Intel Core
Share on FacebookShare on Twitter

Acer mengembangkan barisan komputer riba Chromebook Plus dengan Acer Chromebook Plus 514 (CB514-4H/T), menyediakan model yang bertumpuan prestasi, padat dan tahan lasak kepada para pengguna yang meluaskan kebolehan para pengguna dengan kebolehan yang dikuasakan oleh AI dari ChromeOS.

Kredit: Acer

Dikuasakan oleh cip pemproses Intel® Core™ i3-N305 dan RAM LPDDR5 sebesar 8GB, Acer Chromebook Plus 514 menyediakan dua kali lipat kecepatan, memori, dan penyimpanan. Tambahan pula, cip pemproses peranti ini memastikan kenikmatan seharian dengan jangka hayat bateri sehingga 11 jam dari bateri dengan teknologi pengecasan pantas.

Paparan 14 inci Full HD Chromebook ini lengkap dengan teknologi IPS, keterangan 300-nit, dan sudut pandangan yang luas, memastikan apa jua gambar – dari video dan foto sehingga gambar dan teks – terang dan jelas.

Paparan in sesuai untuk alat-alat rekaan grafik dan penyunting video yang berkuasa AI, seperti Magic Eraser yang terbina dalam aplikasi Google photos, Adobe Photoshop dan Adobe Express yang dikuasakan oleh AI generatif Adobe Firefly. Sebagai tambahan, paparan Chromebook Plus 514 tersedia dalam model dengan paparan sesentuh atau dalam model tanpa paparan sesentuh, dengan salutan tanpa silau.

Kredit: Acer

Gabungan Wi-Fi 6E dan alat-alat panggilan yang cepat dan mantap dari Chromebook Plus 514 menjadikan perhubungan senang dan asyik. Kamera web 1080p dilengkapi teknologi Temporal Noise Reduction (TNR) untuk pembatalan bunyi, dengan tambahan alat-alat yang dikuasakan oleh AI yang meningkatkan kejelasan, keterangan, dan juga mengaburkan latar belakang.

Ciri-ciri pendedahan wajah automatik dari kamera web ini melaraskan pendedahan berdasarkan keadaan pencahayaan di persekitaran pengguna untuk gambar yang lebih baik; ia juga lengkap dengan lensa Blue Glass yang membuat gambaran yang berkualiti tinggi walau di dalam keadaan yang gelap. Saat privasi diperlukan, kamera web boleh ditutup dengan pengatup fizikal, atau pengguna boleh menyenyapkan dua mikrofon dan mematikan kamera dengan satu butang.

Kredit: Acer

Tambahan lagi, visual yang mengagumkan dilengkapkan dengan dua pembesar suara yang dihadapkan ke atas dengan DTS® Audio.

Barisan peranti baharu ini akan dijual di dalam konfigurasi dengan penyimpanan sehingga 512 GB untuk membolehkan para pengguna menyimpan pelbagai ciptaan yang penting di dalam peranti.

Acer Chromebook Plus 514 direka untuk menjadikannya mudah alih lagi tahan lasak, supaya para pengguna boleh mengalami prestasi yang berkuasanya sepanjang hari di atas perjalanan. Hanya seberat 1.43 kg (3.15 lb) dan setebal 20.5mm (0.81 inci), Chromebook baharu ini bertaraf U.S. MIL-STD 810H, menjadikannya bersedia untuk penggunaan harian.

Kredit: Acer

Ia juga boleh disambung dengan peranti-peranti terkini melalui Bluetooth™ 5.2 atau pilihan pelbagai palam yang termasuk dua palam USB Jenis C 3.2 Gen1 (satu di setiap sisi) yang menyokong pengecasan USB.

Acer Chromebook Plus 514 baharu menyokong misi Earthion Acer, lengkap dengan beberapa pendaftaran EPEAT dan juga ciri-ciri mesra alam seperti pad sesentuh OceanGlass diperbuat dari buangan plastik dari laut. Ia mengandungi bahan-bahan yang di kitar semula, pembungkusan yang lestari, dan reka bentuk yang cekap tenaga yang memenuhi sijil Energy Star.

Pengurusan Peranti yang Lancar untuk Sekolah Acer Chromebook Plus 514 baharu tersedia dengan naik taraf Chrome Education untuk pengurusan peranti yang lancar di dalam sekolah. Naik taraf Chrome Education membantu para pengurus mengurus lebih banyak peranti dan akan menawarkan polisi pengurus untuk membantu pengurusan ciri-ciri Chromebook Plus.

Kredit: Acer

Acer Chromebook Plus 514 adalah peranti yang sesuai untuk golongan pendidik dan kakitangan, termasuk juga pelajar pendidikan tinggi, membantu mereka menggunakan alat-alat seperti Screencast, Adobe Express, dan File Sync untuk membolehkan produktiviti di luar talian.

Harga dan Ketersediaan Acer Chromebook Plus 514 (CB514-4H/T) akan tersedia di wilayah EMEA di dalam bulan Jun, dengan harga bermula dari EUR 479. Spesifikasi, harga, dan ketersediaan yang tepat masih belum diumumkan.

Tags: AcerAcer Chromebook PlusLaptop
ShareTweetSend
Previous Post

MSI Claw Dapat Upgrade Besar BIOS & GPU, Kini Diskaun RM250!

Next Post

Stellar Blade Antara Game Dengan Rating Tertinggi di PS5, Diundi Oleh Para Gamer

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Stellar Blade Antara Game Dengan Rating Tertinggi di PS5, Diundi Oleh Para Gamer

Stellar Blade Antara Game Dengan Rating Tertinggi di PS5, Diundi Oleh Para Gamer

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd