Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Acer Malaysia perkenalkan monitor baru & tawaran “Sinar Raya bersama Acer”

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 7, 2022 - Updated on April 8, 2022
in Artikel, Berita, Monitor, Promosi, Teknologi
0 0
0
Acer Malaysia perkenalkan monitor baru & tawaran “Sinar Raya bersama Acer”
Share on FacebookShare on Twitter

Acer Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan monitor Predator X28, Acer Nitro EI322QURP, Acer Nitro XZ306CX dan Acer CB292CU baharu. Bersempena dengan pelancaran monitor ini, Acer Malaysia juga menawarkan tawaran istimewa “Sinar Raya bersama Acer” untuk menyambut Ramadan dan Hari Raya pertama dalam tempoh dua tahun yang mana rakyat Malaysia boleh pulang ke kampung untuk bersama orang tersayang.

Pengalaman Permainan Premium dengan Monitor Predator

Monitor Predator X28 mempunyai paparan IPS Agile-Splendor 4k UHD untuk menghasilkan lebih tona warna pada skrin dengan sudut tontonan lebar 178 darjah. Kadar segar semula boleh lampau jam sehingga 152Hz dan masa tindak balas serendah 0.2 ms G-to-G membolehkan pemain bermain terus ke dalam aksi tanpa perlu risau tentang masalah ‘ghosting’. Dan 90% gamut warna lebar DCI-P3 dengan Delta E <2 dan VESA Display HDR 400 membolehkan pemain mengalami permainan dengan penghasilan semula warna yang seakan hidup.

Direka bentuk dengan mengutamakan pemain yang mahukan pengalaman premium, Predator X28 menampilkan Mod Esports NVIDIA G-SYNC yang memastikan kadar kelewatan yang paling rendah dan direka untuk permainan yang kompetitif. Predator X28 juga dilengkapi dengan alat pengukur kelewatan sistem – Penganalisis Kelewatan Reflex NVIDIA yang mengesan dan mengukur masa dari input sehingga perubahan pada skrin.

Predator X28 ialah monitor permainan yang diperakui oleh TÜV Rheinland Eyesafe®. Ia dijual pada harga RM3,699 dan mempunyai jaminan di tapak selama 3 tahun.

  • Link ke halaman rasmi termasuk spesifikasi:
    • Predator X28

Monitor Acer untuk Permainan, Hiburan dan Produktiviti

Nitro EI322QURP

Monitor melengkung Acer Nitro EI322QURP Wide Quad HD dilengkapi dengan panel VA 31.5 inci yang menyokong kadar segar semula sehingga 165Hz. Sementara itu, monitor melengkung Ultrawide Full HD Acer Nitro XZ306CX dilengkapi dengan panel VA kadar penyegaran 200Hz 29.5-inci. Mampu dimuatkan dengan sebarang hiasan dan suasana, warna putih XZ306CX didatangkan dengan Jalur RGB yang membolehkan pengguna mengolahkan kesannya. Bagi menawarkan pengalaman permainan yang lancar kepada pengguna, kedua-dua Nitro EI322QURP dan XZ306CX dilengkapi dengan masa tindak balas sepantas 1ms dan teknologi AMD Radeon FreeSync™2 atau AMD FreeSync™ Premium yang menghapuskan ‘screen tearing’.

Nitro XZ306CX

Tanpa menjejaskan ketepatan warna, kedua-dua monitor mempunyai sehingga 93% gamut warna DCI-P3 dan VESA Display HDR 400 untuk memberikan rangkaian warna yang lebih luas yang membolehkan pengguna menikmati visual yang jelas dengan butiran penuh dalam keadaan terang mahupun gelap. Dilengkapi dengan ‘stand’ yang direka bentuk secara ergonomik, monitor Acer Nitro EI322QURP dan XZ306CX dijual pada harga runcit RM1,299 dengan jaminan di tapak selama 2 tahun.

Acer CB292CU

Sementara itu, Acer CB292CU ialah monitor mampu milik yang direka untuk memenuhi keperluan hiburan dan produktiviti harian pengguna. Monitor bersaiz 29 inci ini mempunyai panel IPS sRGB 99% dan dijual pada harga RM899 sahaja. Monitor Acer CB292CU juga dilengkapi dengan ‘stand’ ergonomik dan jaminan di tapak selama 2 tahun.

  • Link ke halaman rasmi termasuk spesifikasi:
    • Acer Nitro EI322QURP
    • Acer Nitro XZ306CX
    • Acer CB292CU

Sinar Raya Bersama Acer

Bersempena dengan bulan Ramadan yang mulia dan Syawal yang bakal menjelang, Acer Malaysia memperkenalkan tawaran “Sinar Raya bersama Acer” yang memberikan rebat sehingga 10% untuk pembelian produk terpilih. Pada April 2022, pelanggan yang membeli peranti terpilih di Kedai Acer yang dikenal pasti & Acer E-Store layak untuk menebus kredit e-dompet Touch ‘n Go bernilai sehingga 10% daripada harga runcit. Tawaran istimewa ini hanya pada produk tanpa promosi berterusan yang lain.

Peranti yang terdapat dalam “Sinar Raya bersamaAcer” termasuk komputer riba, desktop, desktop ‘all-in-one’, monitor dan penyaman udara. Pelanggan boleh menebus kredite-dompetTouch ‘n Go melalui www.a-redemption.com/sinarraya.

Salah satu tawaran rebat tertinggi dan berbaloi disertakan dengan semua-dalam-satu desktop ‘all-in-one’ Acer Aspire C24. Dengan harga RM2,499, pelanggan layak menebus kredit e-dompet Touch ‘n Go bernilai RM250.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Acer Malaysia atau laman web rasmi mereka di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: acer malaysiamonitorpromosi
Previous Post

Demon Slayer : Siapa sebenarnya KOKUSHIBO, Upper-Rank One dalam Twelve Kizuki?

Next Post

Game battle royale baru ala-ala Hyper Scape sedang dibikin oleh Ubisoft

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Previu Shadow Labyrinth – Perubahan Yang Gelap Pada Sebuah Ikon Retro!
Preview

Previu Shadow Labyrinth – Perubahan Yang Gelap Pada Sebuah Ikon Retro!

May 12, 2025
Reviu ROG Flow Z13 (2025) – Siapa Kata Tablet Tidak Boleh Gaming?
Review

Reviu ROG Flow Z13 (2025) – Siapa Kata Tablet Tidak Boleh Gaming?

May 12, 2025
Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!
Anime

Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!

May 12, 2025
Next Post
Game battle royale baru ala-ala Hyper Scape sedang dibikin oleh Ubisoft

Game battle royale baru ala-ala Hyper Scape sedang dibikin oleh Ubisoft

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!
Anime

‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!

May 8, 2025
Kumpulan Rock Jepun Popular, My First Story, Bakal Tampil Buat Pertama Kali di Singapura
Acara

Kumpulan Rock Jepun Popular, My First Story, Bakal Tampil Buat Pertama Kali di Singapura

May 6, 2025
Attack on Titan: Apakah Asal Usul Sebenar Kaum Titan?
Anime

Attack on Titan: Apakah Asal Usul Sebenar Kaum Titan?

May 6, 2025
Thunderbolts* – Apa Yang Terjadi Di Adegan Post-Credit?
Filem

Thunderbolts* – Apa Yang Terjadi Di Adegan Post-Credit?

May 5, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd