Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Acer Malaysia lancarkan Predator Helios 16 & Helios 18!

safwan by safwan
April 14, 2023
in Artikel, Berita, Laptop, Teknologi
0 0
0
Acer Malaysia lancarkan Predator Helios 16 & Helios 18!
Share on FacebookShare on Twitter

Acer Malaysia baru sahaja melancarkan produk-produk gaming terbaru termasuk Acer Aspire 7, Predator Helios 16 dan juga Helios 18. Jom kita lihat satu per satu laptop yang dilancarkan.

Acer Aspire 7

Acer Aspire 7 baharu kini dilengkapi dengan CPU Intel Core i5 H-series 12th Gen dan GPU NVIDIA GeForce GTX1650. Ia juga akan hadir dengan 8GB RAM dan 512GB SSD. Mereka juga menyediakan slot tambahan jika anda ingin menaik taraf pada masa akan datang.

Skrin yang digunakan pada Acer Aspire 7 adalah IPS panel yang bersaiz 15.6inci dengan resolusi FHD (1920×1080) bersama refresh rate 144HZ.

Acer Aspire 7 boleh didapatkan pada hujung bulan April 2023 dengan harga RM3,199 di kedai rasmi Acer eStore dan Acer di Shopee dan Lazada.

Predator Helios 16 & Helios 18

Untuk Predator Helios 16 dan Helios 18, ia hadir dengan Intel Core i9 13th Gen bersama pilihan GPU sehingga NVIDIA GeForce RTX 4080. Ia juga dilengkapi dengan sehingga 32GB RAM DDR5 dan 2TB PCIe Gen 4 NVMe SSD.

Kedua-dua Predator Helios 16 dan Helios 18 masing-masing dilengkapi skrin 16inci dan 18inci dalam ratio 16:10. Kedua-dua skrin datang dalam resolusi WQXGA (2560×1600) dengan refresh rate sehingga 240 Hz. Menampilkan kecerahan pada 500 nits dengan liputan 100% wide colour gamut DCI-P3. Untuk Helios 18, ia tersedia dengan “immersive level” yang lebih tinggi dan sesuai untuk digunakan dengan setup banyak monitor.

Selain itu, Predator Helios ini hadir dengan kipas logam 3D AeroBlade 5th Gen supaya dapat melepaskan haba dengan lebih baik. Kedua-dua laptop ini juga dilengkapi dengan keyboard mini-LED RGB bersama Predator Sense key yang akan memudahkan urusan anda.

Predator Helios 16 dan Helios 18 akan tersedia pada Mei 2023 di Acer eStore dan kedai rasmi Acer di Shoppe dan juga Lazada. Predator Helios 16 akan dijual bermula pada RM8,999 manakal Predator Helios 18 akan dijual pada RM 9,999. Mereka kini sedang membuka pre-order bagi kedua-dua produk sehingga 30 April 2023.

Bagi sesiapa yang membuat pre-order sebelum 30 April 2023, anda akan berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai lebih RM1,600 termasuk monitor XV272, beg galas Predator Urban Gaming, Predator R6 Chibi Figurine dan Acer SuperCare 2 yang menyediakan jaminan selama 3 tahun.

Namun pre-order ini hanya disediakan pada kedai Acer tertentu seperti di bawah:

Saya ingin mengingatkan anda bahawa Acer Malaysia baru sahaja lancarkan laptop gaming baharu termasuk Acer Aspire 7, Predator Helios 16 dan juga Helios 18. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Tags: AcerAcer Aspire 7acer malaysiaPredator Helios 16Predator Helios 18
ShareTweetSend
Previous Post

Acer Malaysia lancarkan gaming desktop Predator Orion 3000 & Acer Nitro 50!

Next Post

[Khabar Angin] Tayangan Percubaan One Piece Live Action Mendapat Pelbagai Reaksi Negatif!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Tahu Atau Tidak? Steam Sebenarnya Sokong Bahasa Melayu! Inilah Cara Untuk Mengubah Bahasa!
PC

Tahu Atau Tidak? Steam Sebenarnya Sokong Bahasa Melayu! Inilah Cara Untuk Mengubah Bahasa!

September 7, 2026
Pokémon Master Journeys ‘Malay Dub’ Akan Datang Ke Astro Ceria & Platform Streaming Pada Pertengahan September 2026
Anime

Pokémon Master Journeys ‘Malay Dub’ Akan Datang Ke Astro Ceria & Platform Streaming Pada Pertengahan September 2026

September 7, 2026
Next Post
[Khabar Angin] Tayangan Percubaan One Piece Live Action Mendapat Pelbagai Reaksi Negatif!

[Khabar Angin] Tayangan Percubaan One Piece Live Action Mendapat Pelbagai Reaksi Negatif!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd