Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Khabar Angin] Tayangan Percubaan One Piece Live Action Mendapat Pelbagai Reaksi Negatif!

Maira by Maira
April 17, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Manga, Movie/siri, Netflix
0 0
0
[Khabar Angin] Tayangan Percubaan One Piece Live Action Mendapat Pelbagai Reaksi Negatif!
Share on FacebookShare on Twitter

Siri live action One Piece telah diumumkan pada 2020. Setelah pelbagai cabaran, siri tersebut dijadualkan untuk tayangan di Netflix pada tahun 2023. Buat masa ini, masih tiada tarikh tayangan rasmi yang diumumkan malah trailer juga masih tiada. Yang didedahkan sekarang ini hanyalah barisan pelakon dan juga poster yang mendedahkan bahagian belakang pelakon dengan kostum watak masing-masing.

One Piece Live Action

Baru-baru ini ada laporan baru mengenai adaptasi live action itu yang melaporkan bahawa pelbagai reaksi negatif telah diberikan setelah tayangan percubaan siri itu. Jom kami ceritakan dengan lebih lanjut.

Melalui Divinity Seeker di Twitter, sumbernya mengatakan bahawa penonton siri live action One Piece banyak komen mengenai kualiti CGI yang tidak teruk sepanjang episod. Rasanya kita sendiri tahu bagaimana kuasa One Piece kadang-kadang kelihatan seperti kartun, jadi CGI memang penting untuk memberikan impak yang sama dalam siri.

Selain itu, dikatakan bahawa separuh daripada episod pertama hanya menceritakan tentang Luffy semasa dia muda sebelum kita diperkenalkan dengan krew Straw Hats yang lain. Tetapi cara mereka diperkenalkan hanya 15 minit, bermakna ia mungkin melangkau beberapa benda penting dalam manga.

Bukan setakat itu sahaja, penonton yang bukan peminat One Piece tidak memahami penceritaan siri itu. Malah solekan watak juga kelihatan sedikit janggal. Anda boleh baca lebih lanjut mengenai komen lain melalui tweet Divinity Seeker di bawah.

From a source connected to Netflix:
• Avatar: The Last Airbender will no longer release in 2023, but Netflix believes this will be their Stranger Things
• One Piece tested horribly, the CGI looked bad and the story didn’t make sense to non-fans, and they’re rewriting entire eps

— Divinity Seeker (@DivinitySeeker1) April 13, 2023

Apabila melihat perkara yang dilaporkan dalam tweet itu, ada beberapa benda yang pelik seperti menulis semula episod yang telah selesai. Kenapa mereka perlu menghabiskan masa untuk menulis semula skrip, bukan setakat itu sahaja, penggambaran juga telah selesai. Ragu-ragu juga untuk percaya maklumat yang diberikan sumber rahsia ini.

One Piece Live Action

Walaupun begitu, kita tunggu sahaja maklumat lanjut daripada Netflix. Mungkin trailer rasmi akan dilepaskan tidak lama lagi. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai adaptasi live action One Piece daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: live actionone pieceOne Piece Live Action
ShareTweetSend
Previous Post

Acer Malaysia lancarkan Predator Helios 16 & Helios 18!

Next Post

John Wick: Chapter 4 berjaya kutip lebih $349 juta dalam masa sebulan!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
John Wick: Chapter 4 berjaya kutip lebih $349 juta dalam masa sebulan!

John Wick: Chapter 4 berjaya kutip lebih $349 juta dalam masa sebulan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd