Acer Malaysia telah mengumumkan kehadiran barisan laptop Predator Helios dan Helios Neo bersama-sama Desktop Nitro 50 yang dilengkapi dengan cip pemproses Intel Core terbaru dan siri GPU laptop NVIDIA GeForce RTX 40. Jom kita lihat lebih lanjut mengenai produk-produk itu.

Siri Predator Helios
Barisan laptop baharu Predator Helios 18 dan Helios 16 dengan cip pemproses sehingga Intel Core i9 generasi ke-14 dan sehingga GPU laptop NVIDIA GeForce RTX 4090. Dengan kuasa maksimum keseluruhan hingga 330W (CPU + GPU), barisan laptop ini datang dengan seni bina NVIDIA ADA Lovelave yang cekap untuk menyediakan prestasi yang luar biasa dan grafik yang diperbaik oleh AI berkat kemampuan Ray Tracing daripada DLSS 3.5.
Predator Helios 18 dan Helios 16 dilengkapi dengan paparan WQXGA (16:10) 18-inci dan 16-inci. Spesifikasi tertinggi setiap model dilengkapi dengan panel mini LED dengan refresh rate sehingga 250Hz dan menyokong keterangan sehingga 1000nits. Model-model lain siri ini hadir dengan refresh rate 240Hz dan keterangan 500nits. Semua model Predator Helios 18 dan Helios 16 baharu juga menyokong 100% gamut warna DCI-P3 untuk pengalaman tontonan yang luar biasa.

Dengan MagKey 3.0 baharu untuk kekunci WASD, Predator Helios 18 dan Helios 16 juga tersedia dengan dua set kekunci tambahan untuk kemudahan penyesuaian tersendiri. Manakala, MagClick mengandalkan suis mekanikal boleh tukar yang dipatenkan untuk menawarkan rasa mekanikal, dan MagSpeed menggabungkan gaya meter laju dengan cahaya LED di bawahnya, menyumbang kepada kesan visual yang menawan.
Selain keyboard dengan cahaya RGB yang boleh disesuaikan, kesan RGB daripada logo Predator dan bar bercahaya, laptop ini boleh disesuaikan dengan aplikasi serba guna PredatorSense terkini. Aplikasi ini juga adalah pusat pengawalan dan pemantauan untuk penyelarasan mod prestasi dan penetapan kipas dalam laptop.

Sementara itu,Predator Cooling System yang menampilkan dua kipas AeroBlade generasi ke-5 dan dipertingkatkan dengan gris haba cecair logam di atas cip pemproses, di samping paip haba vektor membantu mengekalkan prestasi yang tertinggi. Sebagai tambahan, setiap laptop dilengkapi dengan penyambungan yang terkini termasuk Wi-Fi 7 yang menawarkan kelajuan rangkaian yang stabil dan tangkas, dua port USB C Thunderbolt 4 yang serba guna dan pembaca kad MicroSD.

Barisan baharu Predator Helios ini sudah tersedia melalui Acer eStore, kedai rasmi Acer di dalam Shopee dan Lazada, dan penjual-penjual rasmi Acer di seluruh negara. Predator Helios dan Helios 16 baharu masing-masing dijual dengan harga bermula daripada RM13,999 dan RM10,999.
Predator Helios Neo 16
Predator Helios Neo 16 yang lebih berpatutan sekarang dilengkapi dengan cip pemproses Intel Core i7 generasi ke-14 dengan GPU sehingga NVIDIA GeForce RTX 4070. Dengan kuasa maksimum keseluruhan hingga 300W (CPU + GPU).

Laptop ini boleh dilengkapi dengan RAM DDR5 5600 MHz 16GB yang boleh di naik taraf sehingga 64GB dan sehingga 1TB SSD PCIe Gen 4. Gabungan teknologi kipas AeroBlade 3D generasi ke-5, gris haba cecair logam di atas cip pemproses, dan paip haba vektor untuk pemindahan haba yang cekap memastikan prestasi tertinggi laptop ini boleh dikekalkan sepanjang menggunakannya.
Laptop Helios Neo 16 menawarkan visual yang luar biasa dengan paparan IPS-nya yang beresolusi WQXGA (2560 x 1600) 240Hz. Aplikasi PredatorSense 5.0 memberi kawalan penuh kepada para pengguna dan membolehkan mereka untuk menambah penyesuaian yang tersendiri kepada peranti mereka. Ciri-ciri seperti penyesuaian cahaya dinamik di papan kekunci bercahaya RGB 4 zon laptop ini dan pengurusan peranti boleh ditetapkan melalui PredatorSense.

Helios Neo 16 dilengkapkan dengan Intel Killer DoubleShot Pro untuk penyambungan yang lancar, dan pelbagai port termasuk dua port USB C dengan Thunderbolt 4, satu port HDMI 2.1, dan pembaca kad MicroSD.
Tersedia sekarang di Acer eStore, kedai rasmi Acer di dalam Shopee dan Lazada dan penjual-penjual rasmi Acer di seluruh negara, Predator Helios Neo 16 baharu dijual dengan harga bermula dari RM6,399.
Gaming Desktop Acer Nitro 50
Untuk para gamer dan pengguna yang mencari gaming desktop terkini yang terbaik, Acer memperkenalkan Nitro 50 yang dikemaskinikan dengan cip pemproses Intel Core i5-14400F generasi ke-14 dan GPU NVIDIA GeForce RTX 4060.

Lengkap dengan RAM DDR5 8GB dan SSD PCIe M.2 2280 512GB, Nitro 50 ini juga datang dengan slot tambahan untuk kemudahan naik taraf di masa hadapan. Aplikasi Acer Nitro Sense membantu mempertingkatkan pengalaman pengguna dengan membolehkan pemantauan dan peningkatan prestasi peranti ini.

Tersedia sekarang di Acer eStore, kedai rasmi Acer di dalam Shopee dan Lazada dan penjual-penjual rasmi Acer di seluruh negara, Nitro 50 baharu dijual dengan harga bermula dari RM4,399.

Sempena kedatangan peranti-peranti gaming yang dilengkapi cip pemproses Intel Core Generasi ke-14, Acer Malaysia menawar potongan harga sehingga RM1,000 di Acer eStore, kedai rasmi di dalam Shopee dan Lazada dan kedai konsep Acer sehingga tarikh 7 Mac 2024.
Untuk mendapatkan liputan lanjut mengenai produk Acer daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post