Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Acer Kongsi Perkembangan Produk & Predator League di Rantau Asia!

Maira by Maira
January 14, 2024 - Updated on January 16, 2024
in Artikel, Berita, Teknologi
0 0
0
Acer Kongsi Perkembangan Produk & Predator League di Rantau Asia!
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa sidang media Predator League 2024, terdapat sedikit perkongsian daripada pihak Acer mengenai pasaran mereka di rantau ini. Bukan itu sahaja, mereka juga mengongsikan statistik mengenai acara esport mereka, Predator League. Jom kami kongsikan secara ringkas mengenainya.

Sumber: Acer

Acer terkenal dengan peranti-peranti mereka seperti laptop dan desktop. Didedahkan laptop Acer merupakan pilihan no 1 di Filipina selama lebih daripada 17 dan diikuti dengan Malaysia pada tempat kedua. Manakala untuk desktop, ia menjadi pilihan no 1 pengguna daripada Singapura, Thailand dan Filipina. Untuk siri laptop nipis dan ringan Acer, ia menjadi pilihan pertama di Taiwan diikuti dengan Singapura, Filipina, Indonesia dan Thailand.

Tidak dilupakan juga laptop gaming berkuasa Acer yang turut menjadi pilihan oleh ramai pengguna di Malaysia, Vietnam, Hong Kong, Thailand dan juga Filipina.

Beralih daripada pasaran, Pengarah Urusan untuk pejabat Acer Malaysia, Kon Tek Yoong berkongsi beberapa statistik mengenai Predator League Malaysia.

Kon Tek Yoong, Pengarah Urusan Pejabat Acer Malaysia | Sumber: Gamer Santai

Sejak menjadi juara pertama Predator League di Jakarta, Acer Malaysia telah menyokong liga ini yang merupakan komitmen mereka terhadap industri gaming di Malaysia. Perlawanan Akhir Lan 2023 dengan kerjasama Noizucon diadakan di KLCC, dengan lebih daripada 102 pasukan mengambil bahagian dan lebih 10,000 penonton hadir ke acara itu serta 230,000 orang telah menonton perlawanan itu secara dalam talian.

Melangkah ke hadapan, Acer akan cuba memperkasakan lebih banyak produk gaming dan acara pemasaran tempatan. Sesi soal jawab juga mendedahkan beberapa perancangan untuk produk Acer dan acara Predator League pada masa akan datang. Berikut adalah hasil sesi soal jawab itu:

Adakah terdapat rancangan untuk memasukkan komponen mampan ke dalam laptop, desktop dan monitor lain?

Kami tidak pasti sama ada kami boleh melakukannya, tetapi apabila kami berfikir tentang ke mana produk kami pergi. Walaupun dengan Acer Vero, kami mempunyai versi yang lebih baik dan juga memenangi banyak anugerah reka bentuk, tetapi untuk produk gaming, kita mempunyai jenis spesifikasi yang berbeza, jadi kami tidak pasti sama ada bahan mampan boleh digunakan, tetapi masih menjadi arah kami untuk menggunakan lebih banyak bahan mampan untuk menghasilkan produk yang menakjubkan.

Adakah terdapat lebih banyak tajuk game pada masa hadapan untuk Liga Predator?

Tajuk game ialah topik biasa yang muncul dalam perbincangan kami. Kawasan yang berbeza mempunyai pilihan game yang berbeza, jadi apabila memilih tajuk game untuk Predator League, negara masing-masing akan melakukan penyelidikan dalam kalangan komuniti gaming mereka untuk melihat game mana yang lebih popular atau Hot. Kerana jika anda menganjurkan kejohanan dengan game yang tiada siapa sertainya adalah sia-sia. Jadi pengundian akan diadakan, menurut maklumat negara. Tiga tajuk game terlalu pelbagai dan sukar untuk difokuskan, manakala satu terasa terlalu kurang, jadi mempunyai dua tajuk game adalah keseimbangan sempurna di antaranya.

Sumber: Acer

Predator League biasanya dianjurkan di negara asia pasifik, adakah Predator League akan menjadi global?

Seperti yang dinyatakan, setiap negara mempunyai pilihan game yang berbeza, jadi sukar untuk memilih tajuk game yang mana. Pengangkutan juga akan menjadi sangat rumit untuk menerbangkan para media dan pemain, jadi buat masa ini tiada rancangan untuk Predator League untuk ke global.

Tidak sabar untuk melihat perkembangan lanjut Acer pada masa akan datang. Untuk mendapatkan segala liputan mengenai produk Acer daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: AcerpredatorPredator League
ShareTweetSend
Previous Post

Wemade Korea mengumumkan pra-pendaftaran global bagi MMORPG blokbuster “Night Crows” telah mula

Next Post

Tahniah! Blacklist & Team Secret Juarai Asia Pacific Predator League 2024!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Tahniah! Blacklist & Team Secret Juarai Asia Pacific Predator League 2024!

Tahniah! Blacklist & Team Secret Juarai Asia Pacific Predator League 2024!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd